alangkah indahnya donia jikalau ofis beta sebegini ropa..

Punya balkoni begini

.

Dan di tingkat atasnya pula adalah rumah sendiri

.

Bilik meeting tergantung

.

Dengan kolam batu bersama air jernih di bawahnya

.

Taman di hadapan pejabat walaupun berada di tingkat 3

.

Mahupun pejabat di tingkat 4. Menyegarkan pandangan dengan tumbuh-tumbuhan saujana mata memandang

.

Jambatan sebagai penghubung ke blok lain. Agak bahaya kalau pakai skirt kerana pandangan bisa menerobos tepat ke sasaran

.

Punya kolam renang yang bersambungan

.

Dengan gimnasium

.

Maafkan tuan punya belog sebab tak tukar setting mode White Balance untuk cahaya lampu kepada White Balance untuk cahaya matahari. Sebab tuan punya belog pakai sunnies gelap gulitap dan tak nampak beza masa tengah snap gambar. Bila dah hujung-hujung baru perasan. Tu pasal gambar semua nampak biru-biru jek (kecuali gambar #6). Sungguh beta rasa nak hempuk diri sendiri dengan ketui batu.

Tempat ini namanya Centrio, SOHO @ Pantai Hillpark. Konsepnya adalah pejabat dalam taman. Agak-agak stress dengan kerja, boleh terjun dalam swimming pool. Agak-agak bosan duduk kat ofis, boleh pergi Yoga studio atau ke gimnasium.

Tapi kalau saya..agak-agak stress/penat/bosan dengan kerja, balik rumah terus. Dah kalau rumah atas unit pejabat sendiri sendiri/belakang ofis (Andalusia Hillpark ada kat belakang ni jek), lebih afdal rasanya terus pulang ke rumah..ye dak?

Bila dikhabarkan ofisnya akan berpindah dalam tahun ni dari ofis asal ke sini, saya sangat gumbira. Maklumlah, Bangsar-Pantai Hillpark tu dekat ceh jek. Ini bermakna, ada peluang untuk jumpa waktu breakfast DAN lunch time DAN tea break DAN dinner. Ho-ho-ho-ho! Merry Christmas!!

Skali..perkhabaran yang tidak enak didengar. Tak jadik pindah buat masa ni. Jadiknya, sebelum amukan pontianak berlaku..Sabtu lepas saya dibawa ke sana untuk melihat sendiri bagaimanakah ropanya ofis di Centrio ni.

Memang sangat dengki kalau Mr.K pindah ke sini. Dengki sebab view yang chantek. Dengki sebab ofis dia best. Tapi paling dengki sebab kedai makan Riang Riang adalah di seberang jalan je! Riang Riang ada Char Kuey Teow sodappp whoaaaahhh!!

Oh, terpaksa tunggu 2-3 tahun lagi sebelum ofis saya dan Mr.K yang jaraknya tidakpun sampai sepenanak nasi T_________T

iZZie:

Tiba-tiba rasa macham Real Estate Agent plak. Tee hee hee :’)

One thought on “alangkah indahnya donia jikalau ofis beta sebegini ropa..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s