Bali..again [part 1]

Ohhhhhhhoooooo hooooooiiiiii!! (sila sebut dengan gaya M. Daud Kilau)

Sorry Kak By, mood gua memang hilang entah ke mana nak hapdet Bali vacay. Lu remind gua hari-hari pun gua buat bo layan jek. Ketahuilah bahawa gua memang istiqamah kalau maen game. Menda lain memang gua tak pandang dah. Jadik, disebabkan mission gua dalam Magic Farm: Ultimate Flower (ya..gua memang suka game bercucuk tanam. Peladang Jaya lah katakan!) dah completed, makanya baru gua nak tengok-tengok belog gua neyh.

Bismillahirrahmanirrahim….

Minggu lepas saya ke Bali. Sekali lagi ke sana walaupun belom genap setahun lagi pemergian yang sebelumnya. Itu kira okey jugak, tahu?! Mr.K pegi Bali macham KL-Penang. Setahun mahunya pegi 2-3 kali. Ntah apa dia carik kat sana pun saya tak tahu.

Oh, mencari ketenangan barangkali.

Perginya kali ini di bulan puasa. Kerana pemergian adalah tidak dirancang. Semuanya last minute. 2 hari sebelum pergi baru saya diberitahu. Jadinya, tiket adalah mahal sekali T________T. Pokai sudah! Untuk kali ini kami pergi selama 4 hari 3 malam.

Dan masih menginap di Hard Rock Hotel, Bali.

Bila kali kedua sudah sampai di sini, feeling nak amek gambar tu memang dah tak jakun macham kali pertama. Sebab?

  • Dah pernah sampai.
  • Kebanyakan tempat sudah pernah dilewati.
  • Camera saya Mr.K yang pegang. Bila dia pegang, memang payah gila dia nak ambik gambar. Bila dimintak, baru nak nak amek. Oh, menjadikan mood untuk bergambar punah ranah.

  • Saya nampak gumok dalam gambar.

Jadinya, bukti bergambar adalah tidak sebanyak di Langkawi. Oleh itu, tidaklah perlu rasa letih untuk membaca semua entries saya sepanjang di Bali. Tidak akan sampai 7 bahagian pun (I tahu you penat scroll down nak tengok gambar-gambar I kat Langkawi, Inchey K).

Tapi banyak tulis. Kalau bosan, tekan itu butang pangkah..okeh! Mari kita mulakan..

.

Day 1

Saya terbang dengan AA. 1015 sudah boleh boarding tapi bila sampai kat Gate 12, kosong! Semua passengers sudah naik ropanya sedangkan masa masih awal. Kami yang ternyata terkuzut sebab flight tak delayed dan sangatlah menepati masa.

Ropa-ropanya..ada udang di sebalik mee. Boss besar AA dalam pesawat yang sama. Yaaaa.. Tony Fernandez itu naik flight yang sama jugak ada pegi Bali. Dan dan segala announcement made by the captain and the cabin crew was very loud and clear. Sebut sepatah-sepatah. Macham listening test MUET dah lagaknya. Tiap kali sekejap captain communicate dengan passengers bagitau latitude, cuaca suma. Oh..sangat plastik! Sebab selalunya, announcement sepatah haram tak dengar dengan jelas dan terang. Bunyik macham mumbling jek. Takpe..tunggu masa flight balik nanti, nak tengok macham mana halnya. Sama kah, atau berbeda kah?

Dalam sejam pastu, boss besar melawat tiap passengers yang ada. Elok pulak masa nak sampai kat tempat duduk saya, sorang cabin crew ni bawak cawan kertas dengan ais atas dulang. Entah macham mana, semua itu jatuh atas saya. Terus rasa mau report sama boss dia. Tapi nasib baik hati ada sabar jugak. Puasa, kan.

Sampai masa, Tony Fernandez sampai kat tempat saya. Saya duduk di tempat duduk paling luar. Dua tempat duduk di sebelah saya pula adalah pasangan Japan + Itali. Bila Tony datang, saya purak-purak tido. Padahal sangat obvious kot yang saya tak tido. Haih… Lama pulak dia bersembang-sembang sambil berdiri di sebelah saya dengan perutnya yang betul-betul depan muka saya. Dahlah tadi ais jatuh kat saya, ini muka saya kena hadap perut orang pulak. Apalah nasib.

Bila dah sampai kat Ngurah Rai Airport, kapten kapal siap keluar dari cockpit nak ucap selamat jalan. Oh..tak pernah hayat saya naik AA sampai diucap selamat jalan dan terima kasih oleh kapten T_______T

Sesampeinya di Kuta, terus check-in hotel dahulu dan membuta. Gambar-gambar sekitar Hard Rock Hotel, Legian dan Kuta boleh dirujuk dalam entry Bali pada tahun 2009. Sama aja semuanya. Tak koser nak amek kat spot yang sama. Memang kali ni kurang sungguh amek gambar. Jadiknya, saya akan tunjukkan mana yang tiada dalam entry Bali 2009, yah!

Hari pertama tak banyak sangat aktiviti. Sementara menantikan waktu berbuka puasa kat sana (awal sejam dari Malaysia), jalan-jalan dan shopping dulu di sekitar Kuta. Malamnya, makan di Hard Rock Café. Kemudian langsung ke spa untuk mendapatkan foot reflexology.

Dan buat pertama kalinya, saya menaiki kereta kuda dari Kuta ke Legian. Ya ampunnnn.. Bukan nak tobat tapi sungguh cakap, takmo lagik naik kereta kuda. Kudanya kecil sekali tapi terpaksa bawak beban muatan yang berat. Rasa sangat bersalah sangat! Dan jugak tak sanggup nak berhadapan dengan situasi si kuda poo-poo.

12 thoughts on “Bali..again [part 1]

    • hoiii… memang bersalah gila hoiiiii!! kuda kecik ja, pastu nak kena bawak kereta kuda tu, bawak tuan kuda, bawak penumpang lagi. penumpang bukan sorang T______T
      pastu bila takdak penumpang, dia parking kat tepi jalan. kuda tu duk berdiri diam-diam ja tau?! sedey ako tengok. kuda adalah binatang yang sangat chantek

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s