tempat jatuh lagi dikenang..inikan pula tempat bermain

Bagai sireh pulang ke gagang.. Saya pulang ke UKM Sabtu yang lepas. Lama sungguh tidak melawat UKM. Kali terakhir ke sini entah bila. Terlalu lama saya rasa.

Sewaktu menghampiri ke pintu masuk utama, kelihatan para graduan dengan jubah berwarna-warni di sana sini. Mengambil gambar sebagai kenangan.

Ya. Untuk majlis konvokesyen, saya kira UKM adalah unik sekali kerana setiap fakulti mempunyai warna jubahnya yang tersendiri. Warna oren itu untuk Fakulti Pendidikan. Warna hitam untuk Fakulti Pengajian Islam, warna ungu untuk Fakulti Sains & Teknologi, dan tak dapatlah saya senaraikan semua warna dan Fakulti di sini..

Sesampainya di sana, parking memang sudah sedia maklum –penuh! Pusing tiga-empat kalipun, tak jumpa jugak. Sudahnya, Mr.K tunggu di kereta dan saya pula ke booth no.9 untuk mengambil jambangan bunga.

Fenomena biasa di Panggung Seni. Macham pesta bunga!

.

Oh ya. Saya tempah bunga dari Kak Di. Mak Aji sangat peramah, very warm and motherly. Ibal tinggi gila. Kak Di takde di tempat kejadian.

Special request for purple wrapping paper untuk Kak Yong yang suka warna ungu

.

Jambangan bunga adalah besar dan sangat chantek!! Teddy 12 inches with 7 red roses

.

Nasib baiklah cuaca tak panas membahang, agak redup dan mendung. Tapi sementara nak tunggu Sidang 1 habis bersidang, haruslah ber-camwhore sendiri dahulu. Nyeh nyeh nyeh..

Lobang hidong besor + bibir tebal bakut T_______T

.

Dua gambar ni terpaksa di-blurkan objek di sebelah bagi menghormati perjanjian damai. Tapi yang tak pahamnya, Mr.K ni bukan suka amek gambar pun tau. Tapi asal saya snap gambar sendiri, masa tu la dia nak pandang kamera. Tiba-tiba je muka dia ada kat celah-celah bunga. Padahal dia sibuk tengah surfing internet.

Konvo kali ini meraikan teman sebilik kesayangan..Kak Yong. Dia dah macham kakak saya. Suka duka bersama, mana mungkin hari meraikan beliau bergelar graduan saya tidak bersama?

Bersama En. Tofik

.

Graduan dari Fakulti Kejuruteraan

.

Kak Yong, tahniah!! Akhirnya awak pakai jugak jubah cekelat. Dahlah dapat sidang 1, dapat salam dengan Pak Munawer pulak tuh! Nasib Dr. Sheikh Muszaphar takde, kalau tak..mau diamuk satu UKM😛

Sayang awak ketat-ketat..

4 thoughts on “tempat jatuh lagi dikenang..inikan pula tempat bermain

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s