Langkawi [part 7]

DAY 4 (final chapter)

.

Shopping

Shopping time!! Hari ke-4 sememangnya diperuntukkan untuk shopping. Masa ni lah baru nak beli coklat, nak beli minyak gamat. Jugak tiada bahan bukti bergambar sebab saya sudah naik gila bila bershopping. Memang tak dan nak snap snap gambar bagai.

Destinasi 1: Idaman Suri

Kepada sesiapa yang suka nak tambah koleksi set pinggan mangkuk, tea set, sudu garpu, tuala, cadar..memang inilah tempatnya. Tea set murah-murah! Kalau ikutkan saya yang sememangnya dah naik hantu kat sana, mau jugak dibeli tea set Moroccan tu. Chantek dowh!! Tapi bila memikirkan macham mana nak hangkut bawak balik naik flight nanti, terbantut niat suci di hati.

Sebab?

Tuala beli 3 helai, comforter dah capai satu, English style tea set satu, set mangkuk dan dulang perak satu. Itu tak termasuk lagi coklat-coklat yang dikirim. Sampaikan Zoom terpanggil saya “Ma” kerana dia macham rasa mak dia plak yang duk shopping bagai nak rak.

Kalau naik feri, rasanya lagi banyak yang diangkut. Bahaya!! Bahaya!! Dalam duk janji  kat diri sendiri taknak beli itu ini, terbeli jugak! Takpe..itu semua untuk Alang. Nanti boleh pakai masa raya. Sebelum nak sampai raya, masuk dalam almari perhiasan dulu..buat pameran T___________T

Kat Idaman Suri pun ada jual coklat tapi tak banyak pilihan macham kat destinasi kedua.

.

Destinasi 2:

Kedai Haji Ismail. Sini paling banyak pilihan coklat. Masa saya kat kedai Haji Ismail, satu lori kontena yang penuh dengan coklat baru sampai.

Sini banyak jenis pilihan coklat yang ada. Murah dan murah.

Kalau nak tengok pinggan mangkuk, pun ada jugak. Kedai Haji Ismail ni banyak. Ada yang kedai jual coklat sahaja, tapi kedai yang paling besar tu macham-macham ada. Siapkan duit sahaja lah ye.

Lepas shopping, timing memang cun-cun je nak balik KL dah. Siap packing, terus pergi airport. Dan baggage saya memang terlebih muatan sudah.

Oh..cuti 4 hari 4 malam di Langkawi sangat menyeronokkan!! Kepenatan yang berbaloi.

Tapi sebelum saya tutup cerita Langkawi, sila tengok gambar di bawah..

Apakah konklusi yang dapat anda beri daripada gambar berkenaan?

Kedua-dua gambar tersebut adalah hasil daripada teknik Zoom mengambil gambar saya yang mahu melompat. Tapi sekeping pun tak menjadi. Sebaliknya, saya kelihatan seolah-olah budak yang kehilangan ibunya. Berdiri tegak, keras kejung. Selebet.

Bye bye Langkawi! Nanti cheq mai lagi!

END OF DAY 4.

END OF VACATION IN LANGKAWI.

8 thoughts on “Langkawi [part 7]

  1. saya kagun dengan teknik fotografi kawan kamo, bukan mudah nak ambik gambar statik mcm tuh, pic tuh sama pulak tuh, yg beza cuma baju n latar belakang..woahhh!! terer!!terer!!(sambil tepuk-tepuk tangan..)

  2. hahahhahahahahahhahahah lawak lawak 2 gmbr last tue..

    the end….glad u guys enjoyed your stay here!! =)

    do visit me again

    • haa..gelak la gelakkkkkkkk😛
      of coz la busuk, we really enjoyed our stay and thank you so much for ur hospitality
      i will come back again, soon!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s