Langkawi [part 6]

Malam di Kuah

Lepas Island Hopping, sambung mandi di swimming pool apartment Zoom. Dan malamnya pula, pergi menonton movie.

Selesai menonton movie, kami pergi makan di EE Burger. Kat sini saya makan Chicken Chop. Bukti bergambar tak ada sebab tahan kelaparan dan cecah level kebuluran. Cuma nak bagitau, Chicken Chop dia besar, gravy sedap dan harga berpatutan. Chicken Chop + Barli suam = RM9.50.

Lepas makan, ingat nak terus balik sebab badan dah penat. Tapi lain plak jadinya. Singgah dulu kat Dataran Lang. Saja nak tengok keindahan alam di waktu malam.

Elok je nak pergi ambik gambar kat depan-depan burung helang tu, lampu dah padam sebab dah pukul 12 tengah malam. Potong stim! Gelap gulita. Mana nak nampak satu hape pun!

Bila saya tengok burung helang ni..terus teringatkan Alang. Saya memang rapat dengan Alang dari kecik. Bila panggil Alang, saya sebut Lang jek. Tiap kali panggil Alang, saya akan panggil nama dia banyak-banyak kali dengan nada manja,

“Lang, Lang, Lang..Adik kan.. ”

Macham tu lah biasanya ayat saya sebelum nak mula cerita atau mintak apa-apa kat dia. Kalau Mak dengar, musti Mak cakap,

“Lannnnggg.. Lannnggg. Lang dah terbang.”

Lang tu burung helang T_________T.

Dataran Bunga Raya

.

END OF DAY 2

.

DAY 3

.

Tengahari di Kuah

Hari ke-3 adalah hari untuk bermalas-malas sebab dah 2 hari bekerja keras ke hulu ke hilir tak henti-henti. Keluar pagi, balik malam.

Bangun pun dah meninggi hari. Dan budak busuk pulak nak makan nasik kat rumah. Budak tu memang tau! Aci taram main request je. Kejap nak makan Kurma Ayam, kejap nak Bihun Singapore, kejap nak Mee Hailam. Nasiblah hang dah macham adik ako Zoom. Hang nak makan apapun, ako turutkan jua. Mana yang tak sempat masak tu, kita masak lain kali eh?

Barang di dapur tak mencukupi sebab Zoom memang tak ambik pusing. Keledek yang mak dia tinggalkan pun bercambah. Nak tengok? Nahhhhh…

Ada ke dia lagi mau suruh saya bikin mashed potato dengan ini keledek?! *pitams*

.

Ayam Masak Cili Padi. Cili padi selesung ditumbuk oleh Zoom

.

Sup Ayam. Kalau makan nasik, kuah adalah wajib ada untuk Zoom

.

Baby Kailan with Oyster Sauce

.

Ikan Sepat Masin. Perah limau nipis dan taburkan cili padi potong. Perghhh..terangkat!!

.

Tanjung Rhu

Petang pulak kami ke Tanjung Rhu untuk berkelah. Bawak sandwich dari rumah. Cukuplah untuk kunyah-kunyah kat tepi pantai nanti. Tanjung Rhu ni jauh sikit dari tempat-tempat lain. Bila dah sampai kat kawasan Tanjung Rhu, kiri kanan jalan ditumbuhi dengan pokok rhu.

Sini jugaklah checkpoint kalau nak pergi Mangrove Tour. Paya bakau memang sebelah tu je. Masa kitaorang sampai ni dah petang. Air memang sedang elok tengah pasang. Paya bakau pun nampak chantek.

Pantai di Tanjung Rhu ni tak landai macham Pantai Cenang. Pantai dia macham ber-slope. Kalau nak mandi tu memang kena hati-hati sebab baru masuk sikit kat gigi air, tiba-tiba dasar dia dalam.

Sunset di Jimbaran Tanjung Rhu

.

Barracuda Fillet

Makan malam di Cenang lagi sekali. Kali ini di Sambaria Restaurant untuk cuba Barracuda Fillet.

Seafood Platter

.

Barracuda Fillet

.

Makanan sedap. Hargapun boleh tahan. Kat sini boleh berkaraoke kalau nak. Kedudukan Sambaria memang betul-betul menghadap Pantai Cenang. Sambil makan, disapa lembut angin pantai dan bunyi deruan ombak.

Lepas makan, layan movie lagi dengan Zoom.

END OF DAY 3

.

Bersambung..

5 thoughts on “Langkawi [part 6]

  1. baracuda tu dah xsedap daa skrg..tukaq tukang masak..tp ada port baru aku kena bawak..wonderland!!! weeee terbaekkk n murahhh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s