Langkawi [part 5]

Makam Mahsuri

Hoi! Penat sungguh nak hapdet vacay kali ni. Gambar saja dah cecah 600. Sampai muntah hijo dibuatnya duk hadap menda ni.

Ok, sambung!

Makan tengah hari kat gerai ikan bakar. Nama kedai: Ikan Bakar Padang Matsirat. Gambar tak ambik sebab dah lapar sangat, lupa segalanya. Tapi makanan kat situ memang sedap. Ikan bakar dia pantang letak atas meja, habis disapu. Ada ulam, ada petai, ada petai, ada petai. Petai rebus, petai bakar. Pastu hancing satu badan. Bau belakang kira, janji tekak diutamakan dahulu.

Lepas makan, terus ke Makam Mahsuri yang terletak di Ulu Melaka. Simpang nak masuk ke Makam Mahsuri tu ada kilang memproses minyak gamat. Zoom cakap, kat situ minyak gamat dia elok. Tapi kami tak sempat pergi sebab masa sangat terhad.

Melawat ke Makam Mahsuri ni pun sekejapan. Sementara nak tunggu pukul 2.00pm yang Island Hopping tu lah. Ingatkan kat sini ada makam seketul je. Rupanya ada banyak benda yang boleh dibuat masa kat Makam Mahsuri ni.

Harga masuk RM5. Pelancong asing RM10 kalau tak salah.

Masuk-masuk je sayup-sayup dengar alunan muzik Cak Lempong. Skali memang ada betul. Cuma diaorang ni muka masam mencuka sangat. Patutnya senyumlah sikit, kan? Dah namapun perform depan pelancong. Ni tidak!

Lepas dengar muzik Cak Lempong, masuk ke Muzium Mahsuri. Dalam ni tak boleh bawak kamera. Muzium ni kiranya meriwayatkan sejarah hidup Mahsuri. Bermula daripada ibu bapanya berkahwin, kisah hidup mereka dan bagaimana susahnya mereka mengandungkan dan membesarkan Mahsuri, hinggalah kepada hari kematiannya. Turut dipaparkan susur galur keturunan Mahsuri hingga 7 keturunan.

Kalau malas nak baca semua sejarah yang dah ditulis, dalam ni ada tayangan video lakonan semula riwayat hidup Mahsuri.

*Googled*

.

Di sini bukan sahaja ada makam. Tapi juga ada Perkampungan Kedah. Dalam perkampungan ni ada contoh-contoh rumah yang diperbuat daripada kayu dan papan. Bila tengok, memang sejuk mata memandang. Chantek.

Ada satu tu, Dewan Mek Mulung kalau tak salah. Tapi masa saya pergi, dewan tu ditutup.

Ni kalau bawak bantal pastu baring-baring sambil lelapkan mata pun sodap!

.

Selain daripada rumah, ada jugak beberapa haiwan yang dipelihara diletakkan dalam sangkar untuk tatapan umum. Jangan tanya tentang Perigi Mahsuri. Sebab saya tak jumpa pun. Sup Gamat yang diberi minum secara percuma pun kami tak cuba. Sayang sekali. Tak puas rasanya. Mungkin sebab kami terlalu terkejar-kejar kerana masa yang suntuk untuk ke Island Hopping sudah hampir. Kalau tidak, semestinya kami mahu meluangkan lebih masa di sini dan menghayati tiap satu warisan yang dipertontonkan.

Aksi gagah

.

Kalau nak masuk Sekilas Lagenda Mahsuri Melalui Diorama tu kena bayar RM1 untuk dewasa, RM0.50 untuk kanak-kanak. Aksi gagah lagi di situ

.

Aksi tidak gagah. Seketul daging beserta paha cap kayu balak duduk bersimpuh

.

Island Hopping

Mujurlah hujan sudah reda di sebelah petangnya. Jadi kami terus dengan plan asal iaitu Island Hopping. Tempat untuk menaiki bot adalah di belakang Resort TM, tak jauh dari tempat menaiki bot adalah Awana Porto Malai.

Semua perlu berkumpul di Pantai Cenang, di pejabat Ashtar travel & Tours 15 minit sebelum masa yang ditetapkan. Sebuah van akan membawa semua peserta ke tempat menaiki bot.

Destinasi 1: Tasik Dayang Bunting

Nampak tak bukit tu bentuk dia macham perempuan mengandung?

.

Nampak tak skang?

.

Ni bukan tasik. Ni laut lagi ni!

.

Dikatakan sesiapa yang meminum air dari tasik ini akan mudah untuk mengandung. Mungkin sebab itulah, ramai pasangan yang sudah berkahwin tetapi masih belum mendapat cahaya mata walaupun sudah lama berkahwin datang ke sini untuk mencubanya sendiri.

Tasik Dayang Bunting adalah unik kerana walaupun dikelilingi oleh lautan, tetapi air tasik ini masih kekal tawar.

Nak sampai ke tasiknya, saya perlu mendaki anak tangga dan kemudian menuruni anak tangga yang agak curam dan licin. Memang waktu tu betis cekang habis kesan daripada panjat tangga cable car kat Gunung Mat Cincang hari sebelumnya. Tapi digagahkan juga. Sakit letak belakang. Yang penting, perlu sampai ke destinasi.

Pah Bedah taknak mandi. Takut katanya. Zoom dah tertelan air tasik masa terjun dari pelantar. Musti subur pasni nyeh nyeh nyeh

.

Bagi yang tak pandai berenang tapi mahu berenang di tasik ini, perkhidmatan sewa life jacket ada disediakan. Sewa RM5, deposit (refundable) RM5. Kalau pemandu bot bagi pinjam life jacket, tak perlulah sewa di sini. Selain life jacket, ada jugak kalau nak sewa bot kayuh tu. Harga RM30 sejam kalau tak salah saya.

Penat!

.

Iklan: Pemandangan yang sungguh indah

Nampak tak hero mat saleh dalam gambar tu? Sebelah tu makwe dia. Dua-dua dari Netherlands. Yang nampak belakang tu tourist guide diaorang. Kitaorang naik bot yang sama.

Kisahnya, Zoom dan saya duk perhatikan hero ni. Memang ganteng habis bila dia pakai topi. Yang makwe dia pulak macham ganas-ganas sikit. Memang kitaorang ni duk ushar je hero sorang ni. Dah dia je pun yang sedap mata memandang. Yang lain tu semuanya pemandangan yang tidak chantek.

Sampai satu masa, si hero ni macham tau yang dia diperhatikan. Mana tidaknya, dia duk mandi laut kat Pantai Beras Basah pun, kitaorang saja lepak kat spot yang sama. Kata nak cuci mata, kan?

Pastu dalam bot, dia saje je kiss makwe dia. Demmm!! Pastu dipeluk-peluknya. Nooooo!! Hancur hatiku. Bila dah habis semua Island Hopping, bila kitaorang lalu depan dia..dia senyum. Owhh..bisa luruh jantung gwe.

Iklan tamat.

Destinasi 2: Eagle Feeding

Di sini, kami dibawa untuk melihat helang. Mengikut pemandu bot, helang lebih banyak di kawasan ini pada waktu pagi. Waktu petang lebih kurang jumlahnya.

.

Destinasi 3: Pantai Beras Basah

Selama sejam kami berhenti di sini. Boleh mandi laut kalau mau. Dan kat sini pun ada resort. Kalau ada yang nakkan lebih privacy, memang Pantai Beras Basah sangat sesuai sebab kat sini tak ramai orang yang tinggal. Lebih aman dan tenteram berbanding di Pulau Langkawi.

Tapi jaga-jaga, sini ada kera jugak.

Eh eh! Ni bukan kera!!

.

Bila sudah sampai ke semula daratan, ada jual souvenir; pinggan plastik yang terpampang muka kita sendiri. Gambar ni diambil sebelum menaiki bot. Bila dah habis aktiviti, pinggan tu dah siap. Harga untuk satu pinggan –RM10. Saya tak beli pun.

Masa untuk keseluruhan aktiviti: 4 jam.

Bersambung..

9 thoughts on “Langkawi [part 5]

    • update part by part sebab nak bagi clear picture activities yg ako buat kat sana. haha

      erk..kalau entry jalan hari-hari kat belog, hang buhsan kah? T_______T

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s