Langkawi [part 3]

Malam di Cenang

Lepas pulang dari Padang Matsirat, masing-masing dah lembik sebab panas tahap ‘lik-lik meghelip’. Panas membahang. Jadi, terus pulang semula ke rumah untuk kumpul tenaga. Aktiviti malam perlu diteruskan walaupun kaki dan badan semua sudah sakit-sakit dan letih.

Saya dari awal lagi dah teringin sangat nak makan ikan bakar. Jadi, Zoom bawak kami semua ke Rasa. Bertempat di Pantai Cenang. Kalau di Langkawi ni, Pantai Cenang memang feymes. Banyak pelancong tinggal di sini. Ada hotel, ada resort, ada kabin.

Dan kalau malam, night life sini yang paling happening. Kalau di Kuah, memang macham pekan mati.

Restoran yang jual ikan bakar dan makanan laut memang banyak. Restoran Arab pun ada. Pendek kata, kalau nak makan makanan laut, memang banyak pilihan kat sini.

Makanan kat Restoran Rasa ni memang sedap dan harga berpatutan. Untuk 3 orang makan, harganya RM104.50. Apa yang kami makan? Ikan Siakap Bakar, Sotong Goreng Tepung, Tom Yam Campur, Kailan Ikan Masin dan Nasi Putih. Ikan bakar ada pilihan nak bakar dengan sambal ke, nak bakar dengan garam kunyit ke..

Tempat membakar ikan dan pilihan makanan laut

.

Ikan Siakap Bakar dengan Sambal

.

Tom Yam Campur

.

Kailan Ikan Masin

.

Sotong Goreng Tepung

.

Memang terbaik!! Puas hati dapat makan.Nak nak pulak pegi dengan korum yang makan sikit je dah kenyang [read: Pah Bedah]. Jadinya, adalah membawa keuntungan kepada manusia yang kuat makan seperti saya. Oh, berat sudah naik menjadi 55kg secara rasminya.

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Bila perut sudah diisi, barulah kaki panjang je nak melangkah lagi.

Selesai makan malam, kami jalan-jalan cuci mata. Nak beli baju atau souvenirs kat Cenang ni memang tidaklah sebab harga lebih mahal daripada tempat lain.

Dan memandangkan kami sudah plan untuk hari kedua mahu pergi Island Hopping, makanya malam itu juga pergi survey agensi mana yang murah.

Rata-rata harga untuk Island Hopping ni dalam RM30-RM35. Island Hopping biasanya akan dibawa ke tiga tempat; Tasik Dayang Bunting, Eagle Feeding dan Pantai Beras Basah. Kalau nak snorkeling, diving, Mangrove Tour pun ada tapi harga lebih mahal.

Akhirnya, setelah pergi survey kat banyak tempat..Ashtar Travel & Tours yang menawarkan harga paling murah. Harga untuk Island Hopping seorang, hanya RM25. Island Hopping ada dua sesi; 9.30am dan 2.00pm.

Sampai di rumah jam 12 malam. Perlu tidur kerana esok hari yang panjang. Banyak lagi aktiviti dalam senarai untuk hari-hari mendatang.

END OF DAY 1

.

Bersambung..

8 thoughts on “Langkawi [part 3]

    • akak jalan2 kat pantai cenang, lepas tu jumpa ashtar travel and tours tu. pakej island hopping rm25 tu memang dah fixed, tak kesah berapa orang pun. tatau lah kalau sekarang pakej tu dah berubah.

  1. ohh agak2 jauh x dari langkapuri inn ooppss sorry tnye akak banyak2 sbb i’m going to go there soon so mcm cuak skit😛

    • sorry hsar, i am not very sure about the landmark. the only thing that i can let sure u, from Rasa restaurant, just head down to your left. Ahstar Travel is on the right side of the road.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s