Langkawi [part 2]

Padang Matsirat

Turun dari Gunung Mat Cincang, destinasi seterusnya adalah Padang Matsirat. Pah Bedah dan saya dibawa ke sini kerana Padang Matsirat dekat dengan Langkawi Cable Car. Kalau nak datang hari lain, macham nak kena drive jauh-jauh pulak.

Di sini banyak kain batik jawa, kain pelikat, baju-baju, souvenirs, t-shirts dijual. Kalau nak dibandingkan dengan tempat lain seperti Cenang, kat sini harganya jauh lebih murah.

Saya borong kain batik jawa untuk raya nanti di sini. Beli siap-siap. Senang. Nanti dah raya, boleh agih-agihkan kat orang tua di kampung.

Tapi yang 3 helai RM15 tu kualiti tak berapa elok. Ada banyak jenis dan banyak kualiti kain. Ada yang tebal, ada yang kasar. Terpulang pada pilihan masing-masing.

Untuk kain pelikat pun banyak pilihan. Yang saya tahu, Cap Gajah Duduk. Yang saya beli jenis benang 4000. Benang 5000 pun ada tapi mahal sikit. Kalau pandai tawar, bolehlah dapat kurang seringgit-dua untuk sehelai kain.

.

Beras Terbakar

Dalam satu kawasan yang sama, di sini jugalah tempatnya Beras Terbakar. Kiranya kena melalui kedai-kedai yang di atas tu dulu sebelum sampai ke tempat beras terbakar. Tempat dia yang paling penghujung sekali.

Chantek kan rumah dan kawasan rumah ni. Masa masuk tu memang macham pelik sebab macham masuk kawasan rumah orang. Rumah dia chantek sangat. Tapi memang itulah tapak kawasan beras terbakar tu.

Lagenda dahulu mengatakan, tempat simpanan beras dibakar apabila Langkawi diserang Siam. Beras yang ada semua hangus dijilat api lalu dipanggil beras terbakar.

Saya ingat lagi dulu, ada satu rancangan dalam TV Pendidikan kat TV2. Diceritakan tentang kisah Langkawi. Andai pelancong yang datang ke Langkawi dan tidak melawat Makam Mahsuri, adalah menjadi kemestian untuk pergi ke kawasan beras terbakar dan mencari beras terbakar itu. Apakah signifikannya, tidaklah saya tahu.

Tapi kini, mungkin tiada lagi tinggalan beras terbakar seperti suatu masa dahulu. Kerana apa yang saya lihat, sisa-sisa beras terbakar itu sudah dikumpulkan dan diletakkan di dalam peti kaca untuk tatapan umum. Pelancong tidak perlu lagi perlu mencari beras terbakar di tapak beras terbakar.

Bersambung..

8 thoughts on “Langkawi [part 2]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s