Langkawi [part 1]

Lepas balik dari bercoti, memanglah mood nak hapdet belog tak mandang. Nak edit gambor saja dah satu hal, nak menulis lagi satu hal. Tapi sebab Kak By suruh hapdet, makanya saya hapdet la jugak. Gambar kat Facebook pun baru je upload masa kat Gunung Mat Cincang. Nanti dah siap edit gambor yang lain, saya upload lagi kat dalam Facebook, eh?!

Ada gambar yang saya tak upload di Facebook tapi ada dalam belog, dan vice versa.

Dari Kay El, saya berdua dengan Pah Bedah ke LCCT. Flight dari LCCT ke Langkawi dijangka berlepas jam 9.15pm. Tapi dah namapun Air Asia (AA), asik delay memanjang. Dari jam 9.15pm, pergi ke 10.15pm.

Di Langkawi, Zoom sudah menunggu.

Ada beberapa perkara yang agak menjengkelkan saya di LCCT. Pertama, ketika saya di Mc Donalds. Saya beratur untuk membeli makan malam. Di hadapan saya ada seorang ibu sedang mendukung anak kecil yang saya kira berusia setahun lebih. Anak itu menangis. Daripada cara budak tu, memang dah lama dia menangis. Sampai dah jerit-jerit. Yang si ibu pula, mungkin dah rasa jemu memujuk anak yang tak berhenti menangis..terus menampar kuat pipi anak kecil itu dan berlalu pergi dari barisan. Dia tampar kuat. Mungkin dah terlalu geram.

Apalah salah budak kecil tu sampai ditampar sebegitu kuat? Sungguhpun geram, jangan lepaskan amarah pada budak kecil yang masih tak mengerti apa-apa. Kita sebagai seorang dewasa yang patut berfikir dengan lebih rasional.

Perkara kedua yang menjengkelkan saya minggu lepas apabila segerombolan pelancong dari Middle East. Dahlah bising, berbau, tak reti nak duduk diam. Macham batak gila. Tak reti nak hormat orang lain. Tempat tu macham dia yang punya. Kasarlah diaorang ni.

Berbalik kepada cerita Langkawi. Saya di sana tidak menyewa tetapi tinggal di rumah Zoom. Rumahnya terletak di Kuah.

Pemandangan dari tingkat 8 rumah Zoom. Boleh nampak yacht dari kejauhan

.

Sesampainya di Langkawi, kami tidak terus pulang tapi jalan-jalan dulu. Ambil angin malam. Bila dah sampai di rumah, kami merangka aktiviti-aktiviti sepanjang 4 hari di sana. Tidak susah merancang aktiviti kerana saya ada tourist guide yang comel yang sudi menemani dan berjimba bersama-sama.

Tourist Guide saya

.

DAY 1

.

Gunung Mat Cincang

Langkawi Cable Car. Aktivi pertama untuk hari pertama kami di sana. Saya agak teruja untuk naik ke Gunung Mat Cincang kali ini kerana kali terakhir saya ke Langkawi, jambatan gantung itu masih belum siap pembinaannya. Jadi kali ini, saya tidak mahu terlepas peluang untuk ke jambatan gantung.

Oh, kali terakhir saya ke Langkawi adalah pada tahun 2004. Ada memori yang sukar untuk dilupakan di situ. Andai ada masa nanti, akan saya kongsikan.

Tambang untuk menaiki kereta kabel adalah RM15 untuk pemegang MyKad. Kalau pelancong asing, tambang adalah RM30. Sudah jimat di situ sebanyak RM15.

Perjalanan menaiki kereta kabel ke puncak tidaklah begitu lama berbanding Genting Highlands. Cumanya, kereta kabel ini lebih curam dan terdapat dua stesen untuk berhenti. Dalam perjalanan ke atas, anda boleh melihat Telaga Tujuh yang berada tidak jauh dari kawasan kereta kabel.

Dulu saya pernah ke Telaga Tujuh. Tapi pancit di pertengahan jalan sebab perlu mendaki kalau mahu ke air terjun 7 lapis ni. Kalau tak salah, saya sampai yang peringkat ke-7, peringkat air terjun yang paling bawah sekali.

Kalau nak pergi, kena hati-hati juga. Sini banyak kera.

Stesen pertama:

Apabila sampai ke stesen pertama, adalah optional untuk anda berhenti atau meneruskan perjalanan ke stesen kedua. Di stesen pertama ini, terdapat pelantar untuk melihat pemandangan Pulau Langkawi dari puncak.

Sekiranya anda berhenti di stesen pertama ini, anda boleh menyambung semula perjalanan ke stesen kedua yang lebih tinggi daripada stesen pertama.

Gambar stesen pertama yang diambil dari stesen kedua

.

Stesen kedua:

Stesen kedua adalah stesen terakhir. Stesen ini betul-betul berada di puncak Gunung Mat Cincang dan terdapat dua pelantar untuk melihat pemandangan. Namun demikian, pelantar di bahagian Utara sedang dalam proses pembaikan semasa saya di sana.

Gambar tu nak tunjuk pelantar yang ditutup. Abaikan objek gumok itu

.

Di stesen kedua ini jugalah jambatan gantung dibina. Untuk ke jambatan gantung, anda haruslah menuruni anak tangga yang curam. Jarak perjalanan memakan masa 12 minit untuk sampai dan mengambil masa 25 minit untuk pulang ke stesen.

Pinggang patah

.

Percayalah, memang ketar lutut sebab penat menuruni anak tangga untuk sampai ke jambatan gantung. Berpeluh juga dibuatnya. Tetapi bila sampai ke destinasi, penat jerih terasa sangat berbaloi. Indah sungguh bila dapat melihat Pulau Langkawi dari jambatan gantung.

Apabila angin bertiup, terasa bergoyang-goyang. Agak seram di situ untuk siapa-siapa yang gayat.

Dan perjalanan pulang pula kami terpaksa mendaki anak tangga yang sama. Memang sangat mencabar. Pancit! Terasa sakit di bahagian betis. Kita yang muda terasa sakit, bayangkan pula makcik-makcik/pakcik-pakcik yang turut sama gigih mendaki. Memang kasihan bila tengok. Dua tiga langkah, berhenti. Dua tiga langkah, berhenti lagi.

Di kaki Gunung Mat Cincang terdapat banyak kedai yang menjual baju, cenderamata, malah di sini juga ada The Zone.

Zoom menggayakan dress putih. Belinya tidak!

.

Bagi sesiapa yang ingin mencuba Segway, anda boleh mencubanya di sini. Saya tidak pasti berapakah harga yang dikenakan. Kat sini gajah pun ada. Boleh cuba menaiki gajah kalau mahu.

Bersambung..

2 thoughts on “Langkawi [part 1]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s