Fiesta Durian 2010 @ Muzium Telekom

Kalau tahun lepas perginya bertiga, tahun ni perginya berdua. Boyfriend [read: Abam Gagah a.k.a Apek] di Cyberjaya. Cuma mampu menjadi GPS menunjuk arah dari kejauhan. Mr.K mulanya nak join, tapi tiba-tiba ada urgent meeting pulak. Fine fine!

Membujur lalu, melintang patah. Dua ketul dengan Kak By pun kan ku redah! (Oh, macham pantun dua kerat di situ).

Kali ni Muzium Telekom buat pesta durian 3 hari. Dari 27-29 Julai. Pesta ni terbuka kepada semua, bukan staff TM sahaja. RM15 untuk makan durian. Makan sampai buntang. Kalau taknak makan durian, tak payah bayar.

Sampai sana waktu lunch, memang ramai manusia yang datang. Gerai jual buah-buahan lagi banyak tahun ni. Pisang tanduk, cempedak madu, dokong, langsat..

Asalnya, stok buah durian dah tak ada. Memang dah tak boleh masuk dah pun sebab diaorang takut tak cukup durian untuk orang yang dah sedia ada tu. Pukul 4pm baru FAMA akan hantar lagi durian. Abis, takkan sia-sia je pengembaraan kitaorang berdua? Kalau balik je ofis tapi takde bau durian, memang dapat penat je lah.

Jadi, sebagai seorang insan yang lemah..haruslah kita melunakkan suara dan meraih simpati supaya dibenarkan masuk. Alahai, dua ketul je pun.

Dan misi berjaya!

Orang lain semua datang dalam kumpulan. Kak By dan saya berdua je. Dan sebab berdua itulah, makanya dilayan dengan baik sekali. Ha ha ha..

Kejap kang Bangla tu hantar durian, lepas tu dia tolong ambil rambutan, kejap kang dia ambilkan manggis. Dihantar pulak air basuh tangan, tisu bagai. Pastu disuruh pulak halakan kipas kat kitaorang sebab saya ni dah cair. Kak By siap suruh tolong bukakan air mineral dia. Over tau pompuan tu!

Isi durian ni tebal-tebal. Durian D24 dari Pahang. Woahhh… kucing tidur adalah peberet!!

Jumlah keseluruhan durian yang berjaya dimakan: 5 bijik. Tunggu tahun depan pulak. Nak pergi lagi!

6 thoughts on “Fiesta Durian 2010 @ Muzium Telekom

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s