Cuci The Musical (Season 2)

Untuk julung-julung kalinya, Inchey K menggantikan Mr.K pergi menonton teater di Istana Budaya. Kira okeylah, pengalaman untuk Inchey. Kak By dan Abang Nazim turut serta sekali. Oh, tiket memang saya beli awal-awal lagik sebab dah tau musti sold out punya. Tak pun tinggal tiket yang mahal.

Tak adil untuk Cuci rasanya kerana saya agak prejudis dengan penggantian 2 watak penting dalam teater ini iaitu AC Mizal-Nabil dan Adibah Noor-Jaclyn Victor. Bertambah tidak adil kerana saya tidak pernah menonton Cuci Season 1, jadi saya tak mungkin dapat membandingkan perbezaan yang dibawa oleh 2 pelakon yang menggantikan AC Mizal dan Adibah Noor. Dan tak adil jugak kerana saya tidak pernah menonton filem Cuci itu sendiri.

Jadi, saya akan memberikan pandangan saya hanya melalui tontonan saya dalam Cuci The Musical (Season 2).

Saya kira Cuci The Musical punya peminatnya sendiri. Apa tidaknya, malam pembukaan memang penuh Panggung Sari. Tiket untuk 7 pertunjukan jugak telah habis dijual.

Pertunjukan bermula jam 8.30pm hingga 12.15am. Teater yang paling lama pernah saya tonton.

Dari awal pertunjukan, saya sudah ketawa pecah. Apa tidaknya, lawak mereka berempat begitu lucu. Begitu spontan. Begitu cheeky. Bukan senang untuk membuat orang ketawa. Dan bukan senang untuk terus mengekalkan mood lucu itu sendiri di atas pentas.

Tak kering gusi. Pujian saya berikan kepada Afdlin Shauki, Awie dan Nabil. Kerana mereka bertiga ini mampu memberikan lawak spontan. Yang saya yakin sekali, lawak dan skrip yang tidak ada dalam skrip. Begitu spontan dan impromptu. Jika tidak, masakan sesama meraka sendiri terpaksa menahan gelak tawa sampai muka merah padam, menutup muka dengan kain, atau pura-pura pusing ke belakang.

Lawak spontan yang sampai overrun waktu pertunjukan.

Lucu! Memang lucu!! Nabil mampu menghidupkan watak C’Tan. Nabil tetap Nabil. Dengan ekspresi mukanya, dengan gaya tariannya yang suka-suki dia ubah, membuatkan seluruh panggung gegak gempita dengan gelak tawa.

Awie? Wataknya menghiburkan. Pandai Awie berlagak ‘lembut’. Dan suaranya memukau. Tiap kali tiba babak nyanyian, saya teruja menantikan Awie menyanyi. Nyanyian Afdlin agak baik, Hans Isaac dan Nabil…mungkin boleh diperbaiki lagi.

Hans? Oh, Hans… *pitams*

Sekali lagi saya menonton Vanidah Imran di pentas Istana Budaya. Tak dinafikan, Vee memang berbakat dalam lakonan. Mutu nyanyian Vee kali ini jugak banyak perubahan! Lebih lunak diidengar berbanding nyanyian dalam Mahsuri. Siap rapping lagi kali ni.

Jaclyn Victor punya bakatnya yang tersendiri. Beliau mampu membuatkan penonton ketawa dengan lakonannya. Vokalnya memang mantap.

Dengan gaya Tina Turner

.

Reefa. Dialah Manager café, dialah posmen, dialah juruacara majlis. Satu lagu yang disampaikannya adalah sangat catchy. Siap berinteraksi dengan penonton lagi, “When I say Cu, you say Ci.”

Cu..

Ci!!

Cu..

Ci!!

Cu..

Ci!!

Rasa macham pergi konsert pulak. Tapi okeylah, rasa macham participate lah jugak kan?

Kekurangannya dari segi audio. Kadang-kadang, suara tenggelam timbul dengan muzik yang lebih kuat dari suara penyanyi. Dan jugak, lontaran vokal yang tidak jelas di telinga saya lalu tidaklah saya dapat menangkap butir bicara percakapan mereka.

Overall, Cuci The Musical (Season 2) sangat menghiburkan saya.

Cuma saya agak musyikil kerana gambar boleh diambil semasa pertunjukan. Sepatutnya gambar hanya boleh diambil sebelum bermula waktu persembahan dan jugak semasa curtain call. Photographer tu memang boleh ambil gambar tapi penonton sepatutnya tidak dibenarkan mengambil gambar semasa pertujukan. Jika ada yang mengambil gambar (even menjawab telefon pun), pegawai yang bertugas akan memberi amaran dengan menghalakan laser. Tapi kali ni, tak ada pulak. Ingat lagi bila saya menonton Sri Mersing. Dah curtain call pun masih dapat amaran.

Cuci The Musical (Season 2): 27 July 2010 – 9th August 2010.

2 thoughts on “Cuci The Musical (Season 2)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s