Kampar White Water Rafting [part 1]

Tengok..semangat sungguh saya pakai track bottom UKM.

.

Ahoy!! 2 minggu lepas seperti yang sudah saya maklumkan, saya telah ke Perak. Pergi ke sana untuk outdoor activity; White Water Rafting. Lokasi: Sungai Kampar, Perak.

Saya ke sana bukan bersama rakan sekerja tetapi bersama-sama Mr.K dan teman rapatnya dengan isteri. Bertolak jam 7.40am dari KL, 8.40am sampai kat exit Gopeng. Breakfast dulu kat Bandar Gopeng kemudian terus ke meet up point –Gua Tempurung.

Cerita tentang perjalanan yang hanya mengambil masa sejam. Mr.K pecut 200-220km/h. Dengan kelajuan macham tu dalam speed lane, tiba-tiba sebuah lori main terjah nak masuk ke lorong yang sama. Dahlah tak bagi signal, main masuk je tak tengok kiri-kanan-depan-belakang. Nasib baik tak jadi apa-apa. Kalau tak, arwahlah nampaknya.

Nak balik ke KL pun satu hal lagik. VW Golf-Audi Q5-kereta Mr.K main “acilot ligan”. Tak suka wooooaahhhhh!! Dengan speed 200-220km/h + aci taram potong zig-zag = kecut perut. Diaorang bolehlah nak gelak-gelak, tapi saya tak suka adrenaline rush yang satu ni. Bawak pelan-pelan tak boleh ke??!!

Pesanan khidmat masyarakat: Kelajuan membunuh. Ingatlah orang yang tersayang.

Okey, berbalik kepada aktiviti water rafting. Sampai kat sana, group lagi satu yang join skali dah sampai. Masing-masing dah tukar baju. Memandangkan saya tak tukar lagi, terpaksalah bertukar rupa. Dan kerana tandas adalah jauh sedikit, saya tukar belakang kereta sahaja dengan bantuan Mr.K sebagai penghadang. Padahal sah-sah ada orang dalam bas kat sebelah. Boleh nampak dengan terang dan jelas.

Kat meet up point ni pun kiranya meet up point untuk ke Gua Tempurung jugak. Biasanya peserta-peserta akan diangkut dengan lori ke Gua Tempurung. Kami yang nak pergi buat aktiviti water rafting pula dibawa dengan van.

Perjalan ke check point Riverbug ambil masa dalam 20-30 minit. Sepanjang perjalanan memang boleh nampak pokok durian kiri-kanan dengan buah yang lebat-lebat. Ada peluang nak merasa durian kampung!

Sampai di check point, taklimat dan penerangan diberikan. Jugak kena sign agreement. Amanat terakhir gitu. Kemudian aktiviti sebenar diteruskan. Daripada 13 peserta, kami dipecahkan kepada 3 kumpulan kemudiannya.

Sumpah, dada berdegup kencang. Rasa excited bila tengok jeram-jeram. Instructor kumpulan saya namanya Dan, dari Sabah. Comel. Hahahaha..gatal!

Mr.K dan Rajan duduk di hadapan. Saya dan Pat duduk di belakang sebab saya cakap saya tak tahu berenang. Jadi, instructor menasihatkan saya duduk di belakang. Padahal nak duduk dekat dengan instructor. Kalau apa-apa jadi, rasa selamat sikit😛

Paling seronok bila rakit diterbalikkan. Sengaja okey, sengaja! Sengaja nak kami semua jatuh dalam air. Tapi punyalah seksa bila nak masuk semula ke dalam rakit. Rasa macham dugong pun ada. Badan berat gila sial!

Kemudian Dan ajar “bom-bom”. Kalau ada apa-apa halangan, ataupun jeram terlalu deras..kami kena masuk dalam rakit dan berpegang pada tali di tepi. Pat dan saya tiada masalah. Tetapi dua makhluk di hadapan itu terpaksa berebut ruang kerana dua-dua pun besar. Ruang di hadapan pulak sempit.

Sampai di satu kawasan, ada satu pokok kayu yang merentangi laluan. Yang nampak halangan ni cuma Dan sebab keadaan rakit kami waktu itu membelakangkan halangan. Saya dengar Dan menjerit, “bom-bom”. Cepat-cepat kami semua masuk ke dalam raft. Tetapi kepala saya terhantuk jugak sedikit. Yang Mr.K pulak, sibuk bergambar. Dia tak dengar pun Dan jerit “bom-bom”. Kepala dia terhantuk kuat. Nampak bintang-bintang di siang hari. Kesian dia. Mangsa keadaan.

Kayuh, kayuh dan kayuh. Bila sampai di kawasan jeram, bila dihempas deras air terjun yang sejuk…perasaan dia, priceless. Adrenaline rush yang ini saya suka. Terus rasa sexcited nak turun jeram-jeram yang berada di hadapan.

Bila dah sampai ke kawasan yang kurang jeram, aktiviti body rafting pulak. Lepas tu apa lagi? Mandi-manda lah!

Selesai semua, kami semua dijamu dengan makan tengah hari. Tak lupa jugak, durian kampung!! Kat sini murah je. Dijual dengan harga RM3 sebijik. Memang lain benar rasa durian kampung yang asli. Setiap buah, lain-lain rasa. Ada pahit-manis, ada yang manis.

Oh, ya! Saya dapat sijil jugak. Dah berjaya tawan Sungai Kampar (Level II, III). Lepas ni mana pulak??

.

Bersambung..

3 thoughts on “Kampar White Water Rafting [part 1]

  1. Pingback: Kampar White Water Rafting [part 2] « i.Z.Z.i.e

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s