ke-malu-an

  • Hari Sabtu, housemate ajak pergi ke Shah Alam. Tujuan adalah mahu makan laksa. Katanya laksa di sana kuahnya pekat. Laksa Utara. Ada cendol jugak. Dari Bangsar, kami ke Shah Alam. Lokasinya berdekatan dengan i-City. Tapi saya pergi waktu petang, tak nampak chantekpun taman i-City tu. Macham padang jarak padang tekukur. Laksa yang dicari berjaya dijumpai. Dijual dari lori. Tiada meja, yang ada kerusi. Laksa = RM2.80, Cendol Biasa = RM1.20. Ada Cendol Pulut, ada Cendol Tapai. Orang yang datang makan boleh tahan ramai. Tak cukup makan di sana, boleh tapau bawa pulang.
  • Badan dan sendi adalah sengal-sengal selepas makan laksa. Kan dah cakap, makin tua..makin pendek rezeki. Patutnya saya ni takleh sangat makan laksa sebab boleh demam jugak tapi persetankan itu semua.

  • Sudah tukar lagi. La furia roja. Mana boleh Mr.K sahaja yang bertukar kepada Viva Flip Caso World Series cover Brazil. Cover Germany jugak chantek, tapi di mata saya ni warna merah mengatasi warna yang lain. Merah itu sexay!

  • Sudah upgrade kepada iOS 4.0.1. Saya harus akui, iPhone sungguh complicated tapi bijak. Proses menaiktaraf yang lepas tidak begitu lancar dan menyebabkan iPhone saya berada dalam safe mode hinggakan laptop dan iTunes tidak mampu men-detect device (iPhone). Tiada apa yang mampu saya buat ketika itu, nak off pun tak reti. Yang ada di skrin cumalah imej seketul epal putih. Terkedang di situ. Nasib baik Mr.K sudi datang sebagai penyelamat. Jika tidak, iPhone saya itu hanyalah akan bertindak sebagai seketul paper weight.
  • Pintu di fitting room terbuka dengan luas walaupun sudah saya tekan kunci di tombolnya. Dan ketika itu saya sedang mencuba swimming suit. Braless T____________T
  • Oh! Minggu yang padat!

5 thoughts on “ke-malu-an

  1. oke faham kenapa xsempat cover tido di hujung minggu;D neway saya suka bila kamo pilih spain tuk cover iPhone kamo(^______^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s