Mandom

Mandom. Bukan random. Jauh sekali kondom.

Semalam pulang dari ofis jam 11.30pm. Nak tak nak, Partner [read: Arih] kena hantar saya pulang ke rumah. Saya takut nak jalan sorang-sorang sebab dah lewat sangat. Maka, merempitlah saya dengan tiada memakai topi keledar. Segan saya tau! Sebab saya berat, besar pulak tu. Bila membonceng di belakang, tak nampak pun pemandu di hadapan. Sebab Partner adalah kecik daripada saya T_______T

Mr.K selalu ejek saya bila saya balik kerja on time. Tapi bila saya kena balik lambat macham semalam, bising jugak dia. Tapi tak tahulah macham mana dia boleh bertahan kerja/meeting sampai lewat malam. Kalau saya di tempat dia, musti jadi sayur.

11.45pm. Hati kecut. Takut kejadian kelmarin berlaku lagi. Tapi kali ni saya tekan butang tutup dari mula naik lif sampai ke tingkat 3. Alhamdulillah, perjalanan menaiki lif semalam berjalan dengan lancar. Tak ada pit stop.

Hari ni.. Pinggang adalah sangat sakit. Sampai nak duduk lama-lama sangatpun tak boleh. Terpaksa berdiri. Badan rasa bisa-bisa. Lemau semacam. Rasa macham nak balik tido je. Tekakpun tak berselera nak makan. Cuma memaksa diri menelan kerana perut berkeroncong. Lepas makan, perut pulak sakit. Angin. Dah makan pun kembong lagik?

Malam ni, menonton wayang bersama-sama housemates. Despicable Me 3D. Hmmm..

Gambar yang ditunggu sudah berada di tangan Mr.K. Tak taulah macham mana ropanya. Nanti saya tempek kat sini seperti yang telah dijanjikan walaupun cerita dah basi.

Esok? Jumaat sudah. Kenapa lambat sangat hujung minggu kali ini? Penatnya saya rasa. Tapi banyak perkara yang perlu dilaksanakan hujung minggu ni. Qada’ tido salah satu perkara terpenting dalam senarai. Nak kemas almari dan bilik tu tengoklah dulu. Kalau ada mood, berkemaslah.

Cepatlah minggu depan!! Sangat tidak sabar mahu ke sana..

iZZie speaks:

Nak kirim coklat? Kirim dengan duit skali ye..jangan kirim dengan air liur. Pinggan mangkuk, rokok, liquor & wine tak termasuk dalam kiriman.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s