Zouk

Mr.K cakap nak pergi Mid Valley. Nak beli hadiah untuk cousin sisters dia. Selepas dapat apa yang dicari, reward untuk orang yang sudi menjadi teman setia anda adalah makan. Senang, kan? Kasik makan je pun dah senang hati.

Saya teringinnnnnnnnn sangat nak makan lamb. Tapi kalau nak makan lamb, saya ni jenis yang memilih. Lamb tu tak boleh rasa hamis sangat, nanti saya tak boleh makan. Bau dan rasa hamis tu kena kurang atau takdak langsung barulah saya boleh telan. Tu yang macham was-was nak order lamb kalau makan kat luar. Takut rugi je takleh makan nanti.

Lain pulak dengan Kak By sorang tu. Lagi bau kambing, lagi dia suka. Tak paham teman.

Saya vote untuk pergi Secret Recipe je sebab sana memang ada Lamb Shank, kan? Tak pernah cuba lagi tapi nampak macham sedap. Tapi Mr.K ajak pergi Chili’s. Ntah macham mana, dia nak try usha kat Zouk Cafe Bar, The Gardens. Belek-belek menu. Nampak macham sedap. Jadi untuk pertama kalinya semalam, sudah try itu Zouk Cafe Bar.

Ah.. Memang familiar dengan nama Zouk kan? Tapi ni Zouk cafe/bar, bukan club. Tapi memang takleh lari lah kot, lagu-lagu yang dia pasang memang jenis yang boleh joget-joget punya, even duduk atas kerusi je pun.

Ni makanan untuk Mr.K. Dia memang sangat suka order salmon. Kadang-kadang tu dua-dua pun nak order salmon. Tapi memandangkan perempuan suka makan banyak rasa rugi kalau order makanan yang sama dan tak boleh rasa makanan lain, makanya..beralahlah perempuan itu dengan memesan makanan lain untuk menjamin kepuasan tekak dan perutnya.

Lagipun apa nak heran? Salmon tu sure saya dapat patuk punya! Keh keh keh.

“Pan fried salmon steak served on sauteed baby potatoes and asparagus, accompanied with saffron cream sauce, dry garlic, cherry tomato and drizzles of balsamic reduction.

Yang warna hitam adalah balsamic vinegar. Oh, ya. Saya memang terlalu banyak menonton 703/707. Bila dapat rasa sendiri balsamic vinegar tu jadik sangat sexcited dan terus mau tonton 703/707 doplohpat jam.

Pan Fried Salmon ni memang sedap. Semuapun sedap. Semuapun saya tibai. Alfalfa yang dia buh untuk garnishing tu pun saya telan.

Ni saya punya Lamb Shank. Well done. Jangan harap nak makan medium ke hape. Kang tak pasal muntah lewah. Sebelum order Lamb Shank ni saya dah buat perjanjian dengan Mr.K. Kalau rasa hamis tu kuat sangat, saya nak swap food dengan dia. Haruslah buat perjanjian dulu, kalau tak…rugi woooooooohhhhhhhh!!

“Our Chef’s signature dish. Slow cooked lamb shank marinated with special tomato herbal sauce and served with homemade mashed potato.”

First bite tu memang rasa hamis. Siap nak tukar pinggan dah ni. Tapi saya cuba lagi satu suap. Eh, macham okeylah pulak!

Dan kemudiannya, perjanjian terbatal.

Daging memang sangat lembut. Sos tomato herba tu memang terasa sampai ke dagingnya. Mashed potato yang terbaik masih lagi di Chili’s.

Sedap rupanya lamb ni ye. Kalau tak hamis, boleh makan selalu.

Nachos. Mr.K suka makan nachos. Tapi kali ni kan, salsa dia sangat lain tau. Dia bukan salsa dip sauce yang dia buat dengan tomato tu. Salsa yang saya kami makan kali ni bezanya dia tomato dipotong dadu, daun ketumbar, bawang besar dan dicampur dengan mangga.

Memang sedap! Ada rasa masam-masam-manis. Siap mintak extra lagi. Nachos pun rangup. Habis sebakul saya kerjakan. Untuk manusia yang tak gilakan nachos, kira baguslah boleh telan sampai habis semua.

My dessert!! Ini adalah Mangomisu. Tiramisu + Mango!! Kan ke saya ni sangat cerewet kalau makan Tiramisu, kan? Selalunya dapat Tiramisu yang sponge fingers kering macham tak cukup direndam dengan coffee. Mascapone cheese pun tak sedap.

Tapi yang ni, just nice! Takde lah dia letak mangga dalam Tiramisu tu. Mangga dia letak kat atas, macham dalam gambar atas tu. Tak manis sangat, dan sangat creamy!! Oh, saya suka. Bertambah-tambah suka sebab makan sorang semuanya.

Lalalalala~~ Brrrrrupppp..

4 thoughts on “Zouk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s