lif berhenti sendiri

Semalam, lepas jalan-jalan cari hadiah kat Mid Valley dan makan-makan kat The Gardens dengan Mr.K, terus dia hantar saya balik ke rumah. Tak jadi singgah Citibank kat KLCC nun. Member dah tak larat nak bukak mata.

11.45pm.

We had our deal. Kalau 12am ke atas, baru Mr.K akan walk me home to my doorstep. Kalau sebelum 12am, saya tekan lif sengsorang (dengan harapan tinggi menggunung terserempak dengan Dr. SMS dan berdua-duaan dalam lif hakhakhaktuuuiiiiihhhhhh). Tapi pernah jugak kadang-kadang tu balik sengsorang even 12am++ sebab kesian kat Mr.K tak larat nak hangkut badan semata-mata nak hantar saya sampai depan pintu [read: saya merajuklah tu!].

Oh, lupa nak habaq mai. Pernahlah dengar orang cakap-cakap, kat kondo saya tinggal tu pernah ada perempuan terjun bangunan bunuh diri.

Lepas Mr.K hantar saya sampai kat guard house, saya jalan ke lif. Saya picit butang ke atas. Pintu lif terbukak dan saya masuk ke dalam perut lif. Saya tekan butang “3”.

Belumpun sampai ke aras 3, saya terasa seakan lif mahu berhenti. Kan ke boleh rasa macham sayup-sayup, hati rasa macham kecut kalo lif nak berhenti kan? Saya pandang di angka di skrin. Tingkat 1. Jantung mula berdegup kencang.

Sebab?

Tingkat 1 –gimnasium. Tingkat 2 –Management Office. Tingkat 2M –swimming pool. Tak ada unit rumah manusia pun kat ketiga-tiga tingkat ni. Unit rumah manusia mula dari aras 3, aras rumah saya! Dan jam hampir ke pukul 12.

Matiklah.. Cinderella akan bertukar menjadi huduh.

Pintu lif terbukak. Tingkat 1 gelap gulita. Saya tak berani nak pandang terus ke hadapan, ke luar pintu lif. Takut kalau nampak apa-apa di luar sana yang mampu membuatkan saya jatuh pengsan. Lalu saya hanya tunduk memandang lantai, sambil curik-curik pandang.

Tiba-tiba rasa diri sangat bodoh. Konon taknak pandang terus ke depan kan? Konon takut nampak apa-apa, kan? Tapi kalau pandang bawah, dibuatnya ‘benda’ tu nak tumpang naik lif..tak ke memang dia tak jejak tanah? Mestilah nampak dia duk terapung-apung, kan?

Ke kene tengok kat celah kangkang, baru nampak ‘benda’ tu?

Tak ada siapa di situ. Cepat-cepat saya tekan butang tutup. Sampai aras 3, saya cuba berjalan dengan kelajuan biasa ke rumah tanpa menoleh ke arah belakang.

Mr.K, sila temankan saya naik lif bila nak balik rumah lepas ni.

2 thoughts on “lif berhenti sendiri

  1. wooooooooooooooooooo!
    spooky ok!
    if i were u dah terase nak kencing kot…huhuhuhuhu…
    im a scary cat yeah! although suke cerita horror2 nie tp penakut jugak…hehehe

    • ngaaa… i was so scared at that moment!! memang kecut perut segala. nasib baik tiada kejadian tidak diingini berlaku😛
      and yes, i pun suka tgk cerita horror ni.. tp bila tgk tu, tangan/bantal memang dah siap2 tutup mata hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s