peribahasa

Sayangkan kain, buang baju,

Sayangkan lain, buangkan aku.

.

Maksud?

Peribahasa dikatakan kepada suami yang mencari kekasih lain.

.

Saya suka berperibahasa, bersimpulan bahasa. Saya tahu setiap ibu di rumah memberikan pendidikan kepada anak-anak dengan cara yang berbeza. Sedari saya kecik lagi, Mak memang selalu berkias.

Dalam umur saya setahun jagung di sekolah rendah, saya tahu banyak peribahasa. Kadang-kadang, dalam perbualan seharian saya (sampai sekarangpun) saya selitkan peribahasa. Namun, tak semua orang faham maksud peribahasa itu. Bak kata JasJamal, bahasa saya terlalu tinggi untuk difahami T________T

Pernah ketika saya berumur 6 tahun, saya terjumpa suatu peribahasa ketika membaca; “Menepuk air ke dulang, terpercik ke muka sendiri”. Saya tanya Mak. Mak menyuruh saya ambil sebuah dulang, kemudian disuruhnya saya menuangkan air ke dalam dulang tersebut. Saya diminta untuk menepuk-nepuk air di dalam dulang itu.

Dan semestinya, air di dalam dulang itu terpercik ke muka saya sendiri.

Kemudian Mak jelaskan kepada saya maksudnya, mendedahkan aib sendiri. Samalah juga halnya dengan “Bagai meludah ke langit”, jelas Mak lagi.

“Cuba adik ludah ke langit.”

Dan saya buat seperti yang Mak suruh. Sudahnya, ludah itu jatuh semula ke muka saya.

2 thoughts on “peribahasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s