lagu

Anda berada di dalam bilik meeting. Rutin harian anda adalah berdiskusi. Diskusi bersama-sama team member/team leader, ataupun bersama-sama user. Diskusi tentang teknikal, tentang tender, tentang presentation, tentang segala-galanya.

Dan kadang-kala, terkeluar topik berlaku juga. Masuk topik politik dan agama.

Bila anda bukan berseorangan, dan berada di dalam bilik meeting yang orang lain turut sama menghuni..patut tak kalau pasang lagu yang sama ulang-ulang kali dan bukak untuk orang lain dengar sekali?

Bukan sehari, tapi tiap-tiap hari. Lagu sama yang diulang-ulang dari pagi sampai ke petang..ulang lagi keesokan hari, kelusaan hari, ketulatan hari..

Gigih, tau tak gigih? Mulanya dia mainkan lagu tu dari handphone dia. Dengan bunyik lagu macham speaker pecah pun ada. Gigih duk ulang. Pastu dah download agaknya, dia main dari laptop pulak.

Lagu apa? Maher Zain. Pastu ada lagu versi perempuan nyanyi. Okay, fine! Tu semua lagu memuji Allah s.w.t tapi rasa sangat tak patut kot kalau tengah diskusi pun lagu tu tetap terpasang.

Nak dengar lagu ke nak dengar diskusi?

Dan bila dah menyampah dengan manusia begini yang tiap masa nak pasang lagu sama yang ulang-ulang satu menda hape pun saya tak paham sebab lagu dalam bahasa Hindi/Urdu/Tamil, makanya saya sumbat earphone dalam telinga.

Lagu apa? Muse. Kan tak pasal ako dengar lagu kafir laknat.

Seboleh-bolehnya saya taknak pakai earphone. Nanti bila dipanggil ke apa, nak tanya soalan..mulalah tak dengar. Macham orang pekak. Macham cakap dengan tunggul. Pastu bolehlah keluar memo kat email; NO EARPHONE DURING OFFICE HOUR.

Dari pasang lagu macham tu, buat haku berbulu tak paham hape..lebih baik pasang orang mengaji. Takdelah haku nak panas hati.

Cuma setan dalam badan ni je panas sebab terbakar dengar orang mengaji.

6 thoughts on “lagu

  1. tergelak aku baca tag hang,angel&demon hahaha. teringat cerita ………… okay lupa dah nama apa.

    aku rasa mmg tak patut pasang lagu apa pun masa tgh dok bincang apa2 hahaha.mengganggu rasanya. lagi2 dok ulang lagu yg sama lol. annoying gila. dah la loudspeaker kannn?

    • ha..angel & demon tu memang movie weh, dari novel dan brown; angel & demon. filem pun tajuk angel & demon.

      hoih!! tau takpa!! duk pasang kuat2 nak suh orang dengaq. tau lah nak kasik pahala kat suma orang kan, tapi bila masa discussion pun duk pasang and looping berjuta kali, ako terus dapat dosa T_________T

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s