untuk bulan Julai

Oh..satu minggu lagi sudah pergi. Cepat sungguh masa berlalu. Dah mau hampir ke penghujung bulan Julai. Lepas Julai, Ogos. Ogos sudah masuk Ramadhan (pose nak kena ganti ada baki lagi 6 hari!!). Kemudian Syawal. Raya!! Raya!! Raya!!

Kemudian Oktober (kenot wait), November (wah!!) dan Disember (hohoho).

23 Julai hari gaji. Suka!!! 23 Julai juga harijadi Haizoom. 23 Julai juga harijadi Daniel Radcliffe. 31 Julai pulak harijadi Harry Potter. Banyak betul harijadi, tapi takdepun satu yang jemput saya ke parti.

Bulan Julai ni rasanya saya macham banyak berjalan. 2 minggu sudah saya ke Melaka, minggu lepas saya ke Perak. Oh, cerita ke Perak itu akan saya update kemudian. Gambar-gambar belum dapat. Tapi rasanya memang akan dapat dengan kadar yang sangat lambat. Oleh yang demikiannya, saya akan bercerita tanpa gambar atau gambar yang dicilok dari gugel.

Tak lupa juga cerita perjalanan saya dari KL ke Perak. Ada cerita di situ.

Minggu depan pun jadual sudah penuh. Akan melawat IB untuk kesekian kalinya. Dan pada hujung minggu depan, saya akan berada di Kedah pulak.

Banyak berjalan maknanya duit kering.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s