Eclipse again.. Twice in a week!

Gambar di atas menunjukkan bahawa saya ngedate dengan Wanita (Wah! Ako panggil ko wanita, Jijah!!) Bertudung Kuning pada malam kelmarin. Wanita berkenaan mahu menonton Eclipse seperti yang telah dijanjikan pada awal-awal tahun lagi. Beliau jugak adalah team Edward. Tetapi jangan risau, tiada perebutan di situ kerana Wanita Bertudung Kuning ini tahap sawan dan meroyannya adalah tidak sama seperti JasJamal dan Izzie Zin. Keadaan adalah terkawal di dalam panggung. Tiada pertumpahan darah berlaku.

Menonton kali ini adalah lebih syorga kerana 110% perhatian tertumpu kepada Edward tanpa perlu fokus kepada jalan cerita. Tapi tiap kali sampai scene “negotiation” Bella dan Edward di atas katil four poster-bed itu..saya akan kuciwa hentak-hentak kaki. Takpe!! Takpe!! Tunggu keluar DVD, akan daku ulang hari-hari sampai lebam.

Overkah menonton dua kali dalam masa seminggu?! Tidak!!! Baru dua kali, kot! Twilight tu hari-hari saya tengok sebelum tido. Tengok scene yang penting sahaja, yang ada Edward. Edward’s line semua dah boleh hafal. New Moon tak tengok sangat sebab banyak scene Yaakob Hitam (Ziah, ako curik nickname ko kasik Jacob nih!). Cuma ulang part Edward jalan kucing dari Volvo (Perlu kah hang sebut Bolbo, Weeda?) sambil senyum *pitams*, dan sewaktu Edward ajak Bella kawen *pengsan patplohpat kali*. Pastu bawak masuk dalam mimpi. Oh, Bahagia!! v(^_____^)v

Ini dessert yang kitaorang makan sebelum tengok Eclipse. Wanita Bertudung Kuning sangat mahu makan dessert di Zen Cafe, maka perempuan yang pantang diajak makanpun turut sama menganggukkan kepala tanda setuju yang tidak berbelah bahagi. Melihatkan pula pelbagai jenis dessert dalam peti kaca Zen Cafe, hampir membuatkan perempuan yang pantang diajak makan itu guling-guling atas lantai sebab mau makan semua.

Tapi sebab dah lama tak makan crème brûlée, makanya pilihan muktamad telah dibuat.

Rasanya? Marveles!! Kesedapan tahap maksimum yang tidak mampu diucap dengan kata-kata. Tiba-tiba teringat Green Tea Tiramisu kat Le Meridien yang paling sedap dalam donia (Lu ingat tak, Kak By?). Kalau mau tau rasa crème brûlée macam mana, sila ke restoran yang berhampiran dengan anda.

Gambar di atas menunjukkan Donashi dari Big Apple. Sangat comel donat itu kerana kelihatan seperti sushi. Wanita Bertudung Kuning suka makan donat dari Big Apple tapi perempuan lagi sorang tu pulak tidaklah tergila-gilakan donat-donat sekalian dari Big Apple, J-Co, Dunkin Donuts dan sebagainya kecualilah donut biasa yang ditabur gula berharga RM0.30 sen.

Juga telah berjanji mau nonton Harry Potter and The Deathly Hallows (Part 1 & Part 2). Perlu menonton dengan beliau kerana beliau adalah penyumbang besar kepada peminjaman buku-buku Harry Potter sekalian kepada saya semasa kami di kolej. Dan cuma beliau yang akan sexcited dan paham bila kami bercerita segala ceruk tok nenek pasal Harry Potter yang faktanya cuma terdapat dalam buku.

iZZie speaks:

R-Patz memang watak Cedric Diggory dalam Harry Potter and The Goblet of Fire. Berapa kali nak kena beritahu daaaa? Dia juga berlakon dalam Curse of The Ring, memegang watak orang Viking. Siapa kata saya kenal R-Patz lepas dia berlakon dalam Twilight? Anda silap.

6 thoughts on “Eclipse again.. Twice in a week!

  1. huwaaaaaaaaaa…if only the ticket price over here murah!
    damn expensive ok!
    kalau tk confirm bukan 2 kali seminggu i tgk..everyday i pegi tgk ok! muhahahhahaha
    *faint in the arm of edward*

    • wah!! u memang tau!!
      nasib baik u kat oz, kalau tak mesti i jeles u pegi tgk everyday😛

      pengsan pun in the arm of edward?? T__________T

  2. Ok…. Rekod terbaik aku setakat ni ialah tgk hp & tss sebanyak 5 kali kat wayang. Ada berani?
    P/s: i’m pretty sure u can since tahap stalker ko kepada idris (aku baru tahu edward tu nama melayu nya idris) adalah tahap dewa…. Heh…

    • 5 kali ko hadap hp & tss kat wayang? giler kentang ko! belom tentu ako sanggup tadah punggong masuk wayang 5 kali tengok eclipse, sebab sini dia potong ah scene atas katil tu..! kalo tak potong, ako sanggup v(^_____^)v

      nama melayu edward = idris?? nanges ako wehhhh!!! terus ako teringat mat deris dalam pi mai pi mai tang tu
      oh tidakkkkk!!!! T____________T

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s