Jeruk Penang

Kalau saya balik Penang, mesti ada yang nak kirim jeruk. Jeruk memang banyak jual kat Chowrasta, Penang Road tapi kalau nak lagi murah..segar dari ladang, sila ke Balik Pulau. Sana dia punya kilang.

Dan satu kesilapan semasa membeli jeruk; beli buah pala. Ha ha ha…ketahuilah anda bahawa jeruk buah pala tu tak sedap pun. Tapi orang selalu ingat Penang=Jeruk Buah Pala. Fakta; kalau kat Malaysia ni, buah pala tu hanya boleh tumbuh di Pulau Pinang. Tu pasal Penang femes dengan buah pala, minyak buah pala, segala pala duk ada. Yang sedap tang buah pala tu bila buh dalam ABC. Tu pun buah pala yang jenis kering. Bukan jeruk.

Jadi, kat sini saya suggestkan beberapa jenis jeruk yang sedap untuk hantu-hantu jeruk Penang, terutamanya Abang Bobo di Kerajaan Langit yang makan jeruk macham makan nasik. Tak ingat nak bagi jeruk kat dia pun nak merajuk (-_-“)

Belah kiri tu jeruk kundang. Tau buah kundang tak? Yang biji dia kaler ungu tu.. Orang Utagha sebut buah staq. Buah ni adalah buah bermusim. Kalau kat kedai jeruk, bukan selalu ada. Memang kena tunggu musim. Memang masam. Tapi sedap. Tiap kali ada musim, memang Mak suruh beli. Haih, kecur air liur ni ha..ni memang jeruk feveret famili saya.

Belah kanan tu pulak buah kendondong. Orang Utagha cakap buah amra. Buah ni memang selalu ada. Tapi ada dua jual dua jenis; warna kuning macham kat atas tu, lagi satu warna hijau daun. Ada beza sikit la. Yang hijau muda tu takde sabut kat tengah kalau tak salah.

Ni jeruk kelubi. Paling heaven kalau simpan dalam fridge dulu kemudian makan sejuk-sejuk. Perggggghhh…

Dalam banyak-banyak jeruk mangga, rasanya yang ni paling femes. Sebab yang lain tu macam kureng sikit. Jeruk mangga Penang ada banyak jenis. Yang ni takde kulit, kalau yang lain tu mangga warna putih ada kulit. Masam-masam manis. Kalau nak beli, sila beli yang ini.

Ini bukan ceri tapi plum China. Datang dengan 3 warna berlainan. Merah. Hijau. Kuning. Rasa sama walau berbeza warna. Saya suka warna merah sebab nampak macham ceri.

Jeruk paling femes. Jeruk salak. Kalau nak lagi sedap, beli jeruk salak madu. Kalau mahal tu sebab dia jeruk dengan gula batu. Jangan ingat semua sama ye. Ini must-buy jeruk kalau pergi Penang. Nom nom nom.

Ada lagi jeruk lain macham jeruk anggur, jeruk betik, buah kabung, jeruk jambu, ceri China, etc etc. Banyak sangat tapi selalunya jeruk-jeruk ni yang saya beli.

Bagi yang pernah pergi Chowrasta dan pergi beli jeruk, kat sana memang kita boleh cuba segala jenis jeruk yang ada. Pilih je nak rasa yang mana satu dari tong jeruk tu. Tapi janganlah makan tak hengat tapi beli nya tidak. Ambil lah sekeping dua, namapun rasa..bukan mentekedarah. Nak makan lebih, sila beli sendiri. Harga dia tak mahal pun. Sekilo tu dalam RM7 ke atas, ikut jenis jeruk.

Lepas ni, kalau pergi Penang jangan lupa singgah Chowrasta beli jeruk , okey!

Oh, saya tak amek order (kalau mak buyong, akan dipertimbangkan). Peace!

10 thoughts on “Jeruk Penang

    • salam nurul,

      selalunya kalau beli jeruk kat balik pulau, kakak i yang belikan. tapi dia tak reti plak nak bagitau kat area mana kilang jeruk tu.
      anyway, i dapat info pasal kilang jeruk ni daripada member kat FB..aritu pun dia tanya pasal menda yang sama..

      “Di Balik Pulau jalan nak ke Teluk Bahang sblm spai kawasan berbukit dan di Relau”

      sorry, i tak banyak membantu..

  1. ::sangatlah menchabar bila baca post ni di bulan pose..ohh..jeruk buah salak adalah kegemaran dr azali !! kechuurr da air liur ni..kitorg kat cni kalu nk beli dulu salu beli kat batam..bak kata phua chu kang, famous in spore n JB, n some say Batam..tp skang da mahal laa..ada x bazar ramadhan jual jeruk…..nk beli…….::

    • ooo..kat Batam pun ada jual eh? sama ke dengan jeruk Penang? u suka jeruk apa cik za? i dengar, ramai gak buat bisnes jeruk Penang ni. tapi memang derang mark-up price kaw-kaw punya la.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s