teka teki teka tekuk: dalam banyak-banyak buah..buah apa kalau dah masak akan naik ke atas?

Apakah jawapannya adik-adik?? Apa?! Buah kelapa?

Salah!!

.

.

.

.

.

Jawapannya: Buah Melaka ;)

Saya ke sini hujung minggu yang lepas. Pergi bersama-sama Mr.K. Pergi bukan mahu berjalan-jalan ke sana sini, kerana siang-siang lagi dia sudah beri syarat; kalau mahu ke Melaka, mahu bermalas-malasan sahaja. Tidak mahu ke Umbai, ke Klebang. Satu-satunya tempat yang dia bersetuju dengan saya adalah Jonker Walk.

Saya selalu sexcited tiap kali sampai ke sini. Mulalah saya buka buku Sejarah. Nasiblah siapa yang terpaksa dengar. Dan orang tu pandang lain macam, dengan pandangan sinis bila saya ceritakan tentang sejarah Melaka, tentang senibinanya. Orang tu tak lain tak bukan, Mr.K. Dengki lah tu sebab sejarah suma dalam kepala saya je. Dia apa tau?

Sampai di Holiday Inn hampir ke 12 tengah hari. Saya dapat bilik sea view.

Air pasang pagi, surut pukul 5..

Kalau nak ingat pasang surut laut, mesti saya nyanyi lagu ni. Jangan gelak! Sebab lagu ni memang betul pun tahu?! Gambar kat atas tu saya ambik dalam pukul 1 tengah hari. Air surut.

Jam 4 petang. Air mula pasang. Lepas dah pasang ni, air akan surut balik. Makin petang, makin surut. Sila abaikan reflection gambar itu. Terima kasih.

Pandangan swimming pool dari tingkat 12. Air itu memang sangat jernih dan berkilauan. Tapi saya tak turun mandi. Swimming suit lupa nak bawak.

Dari bilik saya juga boleh nampak Eye On Malaysia. Saya dah pernah naik masa di Tasik Titiwangsa dulu sebelum dibawa ke Melaka. Naik sekali sudehhhh..bukan rasa apapun setakat pusing-pusing atas bawah.

Makan tengah hari Mr.K cakap dia akan beli KFC. Katanya KFC ada di seberang jalan. Dia mahu saya tunggu sahaja di hotel sebab hari tengah panas lik-lik. Dia tahu saya tak suka panas. Dia akan pulang dengan makanan. Oh, saya suka! Tak payahlah saya berhempas pulas di bawah terik mentari.

Jam 8.30 malam baru naik cab hotel dari hotel ke Jonker Walk. RM12 untuk 2 orang. Mr.K takmo drive..dia kata nanti jam, susah nak parking. Malas sungguh dia tu! Tapi memang betulpun, kereta berduyun-duyun. Kebanyakannya kereta dari Singapore.

Manusia sangat ramai. Jalan berlaga tetek. Yang mana tak melekit tu, takpelah. Yang mana melekit tu, geli gila. Siap ada yang peluh merembes-rembes. Peliknya, saya tak pulak berpeluh.

Kat sini macam-macam ada jual. Ada jual makanan, ada jual permainan, eksesori. Saya borong subang. RM1 je sepasang. Har har har. Sangat suka!!

Ada jugak orang jual sotong kering bakar. Bau dia..pergghhhhh!! Masuk terus dalam lobang hidung. Tapi saya ambik bau je lah. Mulanya nak makan Portuguese Grill kat sini. Tapi gerai yang jual tu tak bukak. Hampa dan kecewa sungguh Mr.K. Dia yang beriya-iya benar nak ke Jonker Walk sebab nak makan Portuguese Grill.

Ni Geographér Cafe. Saya terpegun bila tengok bangunan lama ni yang diubahsuai menjadi sebuah cafe yang sangat chantek.

Kat Jonker Gallery ni ada jual baju-baju. Printed T-Shirt yang tulis merepek-repek pun banyak. Sila tengok gambar kedai yang kedua tu. Memang sangat sangat sangat sangat chantek! Hiasan dalaman dia masih mengekalkan ciri-ciri Baba & Nyonya. Dengan ukiran kayu, dengan susun atur hiasan dan perabot. Macam masuk ke sebuah rumah bangsawan Cina. Macam filem Ip Man gitu. Teringin saya nak panjat tangga tu naik ke tingkat atas. Masih begitu kukuh!

Di Penang, bangunan yang sama juga ada. Tapi yang berbezanya, bangunan sebegini di Penang tidak dijaga dengan baik. Tingkat atasnya tidak lagi kukuh. Bangunannya juga tidak dicat baru. Dahulu ada ura-ura mahu merobohkan bangunan lama tu semua yang terletak di sepanjang jalan Dato’ Keramat dan Penang Road kerana mahu dibina bangunan baru tapi ditentang kerana ia adalah peninggalan sejarah.

Dan kini, Bandar Melaka dan Georgetown sudah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai tapak warisan sejarah dunia. Bangga beb, bangga!!

Ni hotel yang ada kat Jonker Walk. Apa nama ntah! Mr.K cuba book hotel ni tapi semuanya penuh. Kalau dapat.. saya tinggal aje dia kat hotel, saya pergi jalan sorang-sorang. Dia takmo ikutpun takpe. Ni tidak, baru jalan sikit dah ngadu penat. Semput manjang.

Gambar sungai yang kat atas tu, River Cruise. Gambar atas ni pulak, jangan cakap tak kenal. Ako seligi jugak kepala ko kang. Ni bangunan Studhuys. Tengok jam tu. Dah nak dekat pukul 10 Datuk Harimau, kan? Tepat jam 10, dia berdenting 10 kali. Kuat pulak tu bunyik dia. Terus saya lari-lari anak sana sini. Cinderella omputeh kena balik jam 12. Cinderella Melayu kena balik jam 10. Hak hak hak hak tuuuuuiiiihhhhhhh!!

Melaka memang tak kedekut dengan neon yang berwarna-warni. Bandarnya meriah bermandikan cahaya lampu.

Nak balik ke hotel, naik beca. What a bumpy ride tapi seronok!! Dari Bandar Melaka ke Holiday Inn -RM20. Kami naik beca orang muda yang kayuh, tak sampai ati kalau orang tua kayuh. Ada jugak nanti saya suruh Mr.K yang kayuhkan. Gigih abang tu kayuh beca, cilok kiri kanan. Seriyau! Memang terel sebab cilok pun tak langgar orang. Tapi disebabkan dua-dua manusia adalah berat macam anak gajah, makanya..Mr.K tak sampai hati nak bagi RM20.

Kat Penang beca tak sechantek di Melaka. Yang kayuh beca tu pun dah tua-tua. Beca itulah juga rumah dia. Tapi gila punya mahal dia ketuk pelancong. Jadi, sila berjaga-jaga kalau naik beca di Penang, ya!

Makan malam. Makan di hadapan hotel. Kat Arena Jetty tu.

Bila dah mahu pulang ke Kay El, kami lalu di belakang Mahkota Parade yang mana bertentangan dengan Holiday Inn. Hati curiga. Saya tanya Mr.K, KFC mana yang dia pergi semalam?

“I pergi KFC yang kat situ, lah.”

“Kat mana? Kat dalam Mahkota Parade?”

“Ya.”

“Giant?”

“Kat bawah KFC.”

“Sampai hati tak cakap. Saja je kan?! Kalau I ikut, you tahu nanti I nak jalan-jalan pusing-pusing dalam Mahkota Parade, kan?”

Tengok! Sebab tu dia suruh saya tinggal je kat hotel. Sebab dia malas nak bawak saya, bukan hanya semata-mata saya tak suka panas T____________T

About these ads

4 thoughts on “teka teki teka tekuk: dalam banyak-banyak buah..buah apa kalau dah masak akan naik ke atas?

  1. teringin gila nak pi jonker walk weh!!! hari tu masa pi Melaka,tak sempat mai sini. T__________T entah bila thn lg nak pi.

    aku kesian tgk pakcik2 kat sini dok bawak beca T__________T boleh nangeh wooo tgk. sob sob.

    • ako ska pi melaka weh.. bandaq dia chantek kalo n ak compare dengan penang
      tp penang heaven tang makan ah hoi

      ha…ako pun kesian, tu pasai tak sampai ati nak naik beca depa. tp kalo tak naik, depa tak dapat income plak.
      but at least, depa tarik beca yg kat melaka lagi ok dari penang
      hang tengok sat kat penang..lagi serebeh wehhhhh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s