mau bikin sotong kangkung atau pasembor?

  • Spain menang!! Yeahuuuuuu!! Paul The Octopus itu agak hebat memberikan ramalan. Apa nasib dia lepas ni? Sushi? Sotong Goreng Tepung? Sotong Kangkung? Sambal Tumis Sotong? Lepas ini saya juga mau melatih kucing di rumah supaya pandai memberikan ramalan untuk Euro 2012 dan World Cup 2014. Masih sempat nih. Boleh jadi terkenal satu donia.
  • Toasted Pocketful  yang menggantikan Twister di KFC tak best! Ada ke dia letak nachos dalam tu, kemudian tumbuh-tumbuhan adalah sangat sikit. Me not like kalau sikit je dia kasik tumbuh-tumbuhan. Pastu digantikan dengan jagung. Potong. Saya buka tortilla itu dan amek isi ayamnya sahaja. Dan kenapa Hot & Spicy sudah kembali? Saya mau itu Black Pepper!! Pulangkannnnnn…!! Pulangkannnnnnnnn…!!
  • Alang semakin memberikan petunjuk positif dengan penggunaan internet dan komputer. Sudah pandai dia menggunakan Facebook tanpa perlu saya ajar dalam telefon hari-hari. Berjaya juga cara pengajaran saya walaupun garang. Tapi Apieq lagi pandai dari dia T_________T
  • Rasa mau buat pembersihan almari. Beg-beg tangan yang dirasakan menyemak, dan pakaian yang dirasakan memenuhkan almari mungkin akan dibungkus dalam kotak. Ke manakah patut saya hantar pakaian-pakaian dan beg-beg yang tidak dikehendaki ini? Selepas itu, bolehlah beli buat tambah lagi.
  • Esok dah masuk bulan Syaaban. Ya. Saya masih gigih menggantikan pose. Marathon beb, marathon! Tapi lemak di perut masih bergegar-gegar.
  • Minggu lepas 2 hari saya makan di Secret Recipe. Hari kedua saya makan Grilled Black Pepper Chicken with Fries dan Vietnamese Beef Noodles. Anda tidak salah baca, memang saya makan dua sekaligus untuk lunch. Dan memang saya habiskan kesemuanya. Tapi lepas ni taknak buat macam tu dah. Mr.K dah tak tahu apa nak cakap dengan orang kepala batu ni. Berapa kali cakap pun tak tahu lagi nak ubah cara makan macam naga. Azam baru; mau kunyah 40 kali semasa makan. Biar hadam betul-betul. Barulah tak cepat lapar. Ikut sunnah Nabi.
  • Wah! 15 minit dari exit Ayer Keroh ke Senawang. Teknologi German memang bagus, ya!

2 thoughts on “mau bikin sotong kangkung atau pasembor?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s