Twilight Saga: Eclipse

Penantian yang sangat diitunggu-ditunggu sepanjang tahun ini akhirnya berakhir juga semalam. Selepas hampir tiap bulan meroyan dalam belog sendiri tentang Eclipse dan Edward Cullen.

Memang saya tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada filem Eclipse kali ini selepas kecewa dengan New Moon. Saya pergi semata-mata kerana mau melihat “The Holy Trinity” di layar perak. IMDB juga memberikan rating yang rendah, pada minggu pertama tayangan seluruh dunia iaitu 3.2 (skang dah naik 4.6).

Ahad lepas lagi tiket sudah dibeli. Tapi Mr.K memberikan syarat: dia pergi sekadar menemani. Di dalam panggung, dia akan tidur. Tak mengapalah. Bilamana Edward di depan mata, orang sebelah memang takkan laku😛

Sepanjang 2 jam 4 minit, hampir putus nafas saya menahan gelora melihatkan dia. Dia. Dia. Dia. Dia yang bernama Edward Cullen.

Edward, wujudkah seorang lelaki sepertinya di dunia ini? Yang begitu penyanyang, yang begitu protective, yang begitu konservatif, yang begitu kacak dan tinggi, yang memandu Volvo.

Yang paling saya geram bila aksi di dalam bilik Edward, di atas four-poster bed itu dipotong! Apalah sangat scene cium-cium tu. Bukannya lucah tanggal-tanggal baju pun!! Kenapa??!! Kenapa??!! Kenapa dipotong bahagian penting itu???!! T_______T

Sumpah!! Cara Edward melamar Bella mencairkan hati saya. Dan saya kira, hati mana-mana wanita. Dengan suaranya yang begitu romantik, begitu puitis, begitu sincere, begitu….ahhhhh…

Saya sakit..sakit sangat bila dia tidak mampu membantu sewaktu Bella kesejukan. Saya dapat merasakan kekecewaan yang dia rasa bila terpaksa membiarkan Jacob di dalam selimut yang sama dan memeluk Bella. Dan bila dia mengetahui Bella juga cinta sama itu Jacob dan kiss sama dia.

Oh! Rambut palsu yang dipakai Bella adalah sangat mengganggu pandangan.

Jacob? Badannya begitu mengiurkan tapi panas baran buat hape?? Me not like. Sampaikan perempuan batak yang duduk di sebelah saya tak henti-henti menjerit dan tepuk-tepuk tangan bila Jacob tak pakai baju. Bising betul! Me not like! Nak sexcited tu diam-diam je dah lah! Ni tidak!! Ganggu orang lain. Sampai dah keluar panggungpun duk diskas diskas lagi pasal scene suma. Mencik! Me not like!

Eclipse tidaklah seteruk mana. Menonton Eclipse membuatkan hati saya gumbira. Puas hati dapat menonton Edward. Puas dapat tengok dia senyum! Kali ni pun mulut dia tak merah sangat. Mungkin dia pakai lipstick warna pink instead of warna merah menyala macam dalam New Moon. Tapi agak kecewa bila bouffant rambut dia tak macam Twilight. Leper je rambut Edward kali ni T________T

Dan selepas menonton Eclipse semalam, apabila terlihatkan Volvo showroom di Mid Valley..saya tersenyum sendiri. Melihatkan kereta Volvo di jalan raya, saya sengih sorang-sorang.

Ya..semuanya kerana Edward Cullen! Tak dapat tengok orangnya, dapat tengok keretanya pun sudah mampu membuatkan hati saya berbunga-bunga.

Tidur saya dalam senyuman..dan Edward datang malam tadi dalam mimpi saya.

iZZie speaks:

Don’t worry Mr.K. Kereta you tetap menjadi poooojaan hati I.

8 thoughts on “Twilight Saga: Eclipse

  1. Gue baru abis tgk tu cerita… Semalam gue beli dvd illegal and siap2 tgk sebelum pegi cinema malam ni. Jgn disoal kenapa,tapi faktor kurang sabar memai kan peranan yg penting…

    Bila tgk tu cerita dlm bentuk dvd, sgt la mengecewaka. Sebab aku rasa byk giles bercakap dari beraksi. Hanya Yaakob Hitam saja yg aku rasa memenuhi kehendak peminat. Tapi bila dah tgk screen besar, dgn sound system, boleh tahan jugak tu cerita. Rambut palsu dan feeling palsu yg diberikan oleh bella sgt x bagus. Edward was perfect. Kalau lah laki aku sekacak dan seprotective dia, PERGH!!! OverLl gue bagi B je. Kali ni, aku xde terpikat dgn sesapa pun. But Jasper looked errrm, ‘alluring’ this time around… Heheheh…

    • hahaha..ko memang kureng sabar menunggu turn nak tgk kat cinema tau! gagah carik dvd pirated. hoho..ako setuju dengan komen ko pasal Bella. beliau adalah sangat plastik. kalau ako disua dengan lelaki bernama Edward Cullen, nescaya donia ini seperti ako yang punya. akan ako warnakan langit dengan warna pelangi, dan malamnya akan ako hiaskan dengan bulan dan bintang. tu pasal ako tak pandang si Yaakob Hitam (ako suka gila nama yang ko beri kat mamat ni!), walaupun badan dia ketul2.

      eh..Jesper juga nampak alluring. tu pasal ako mau gi tengok the last airbender. dia main itu filem jugak..

  2. gua pon caer gile bile tgok edward..da la sgt memahami..kuat jeles..tapi still cool je..romantc in his old skool style..tp gua suke….gua nak edward…jugak!…hahah

    • tengok..! orang yang suka kat edward memang taste tinggi. ahaks..
      gua sokong statement lu, memahami, kuat jeles, cool, romantic in his old skool style
      tu pasal gua sawan sama dia
      marilah mari..kita sawan bersama-sama😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s