Baru sedar yang diri ini adalah bias dan pilih bulu..sebab diri ini menjadi terlebih ramah bila berkomunikasi dengan..

Foreigner.

&

Lelaki bukan Melayu.

.

Sebab dalam otak saya selalu berkata, foreigner ni datang dari jauh ke Malaysia. Seharusnya kita jadi seorang rakyat Malaysia yang menunjukkan betapa ramah dan sopan santunnya budaya kita. Tak susah kalau saya nak mulakan bicara bila ditanya arah. Tidak kekok juga saya berkongsi pengalaman dan cerita di tempat mana yang bagus untuk dilawati. Dan tidak canggung untuk saya menceritakan tentang diri sendiri.

Semuanya begitu mudah.

Memang rata-rata foreigner yang saya jumpa begitu sopan dan menghormati saya. Tidak kasar, dan tahu berterima kasih bila kita menghulurkan bantuan. Oh, yang lelakinya juga nampak begitu hawt dengan mata berwarna biru/hijau, bertubuh sasa. Dan manis sekali apabila tersenyum. Ahaks!

Tapi ada masanya saya tersilap juga kerana terlalu beramas mesra. Pernah ketika saya di cyber café di KOMTAR. Ketika itu masih lagi menuntut di UKM. CC tu kecil sahaja, dan pada hari itu pula, pelanggan terdiri daripada wanita.

Datanglah 2 orang warga Afrika. Bukan African-American tapi Africa-Africa. Tidak bermaksud mahu menjadi racist di situ cuma mahu menerangkan duduk situasi sebenar. Dia melayari internet tetapi entah macam mana dia mengalami masalah. Pekerja yang bertugas tidak begitu fasih berbahasa Inggeris, manakala lelaki itu pula dengan slanga yang agak sukar untuk difahami. Mereka berkomunikasi seperti ayam dan itik.

Lalu saya menawarkan bantuan. Rupanya lelaki terbabit mahu pekerja itu menjadi translator kerana dia sedang chatting dengan seorang gadis Melayu. Mereka berjanji untuk keluar bersama-sama tetapi entah apa sebabnya, gadis tersebut membatalkan janji itu (mungkin takut selepas melihat wajah dan saiz badan lelaki tu dalam video conference kot!).

Lupa nak describe. Lelaki tu tinggi. Badan sasa dan tegap. Berkulit gelap. Mata bulat, nampak jelas mata putih dia. Bibir tebal. Hidung…pesek sikit. Gaya rambut..faham-faham sendiri. Botak dengan rambut-rambut kerinting yang baru tumbuh jelas kelihatan.

Saya ingatkan habis di situ. Rupanya tidak! Dia beralih pula kepada saya. Mulanya sembang seperti biasa..

“Anda buat apa untuk hidup?” (direct translation)

“Saya masih belajar.”

“Anda?”

“Saya pemain bola sepak Selangor.”

“Anda datang ke Penang untuk bercuti?”

“Ya. Anda belajar di mana?”

“Di UKM.”

“Selangor?”

“Ya.”

“Mungkin kita boleh keluar pada suatu masa nanti? Boleh saya dapatkan nombor telefon anda?”

“…”

Saya terhenti di situ. Tidak menjawab lagi.

Kemudian dia bangun dan pergi ke kaunter untuk membayar. Hati saya lega kerana dia menuju ke pintu.

Sedang saya leka mengadap komputer, tiba-tiba saya terasa seperti suatu objek legap berdiri di sisi saya. Saya toleh ke kanan.

Berderau darah saya. Dia berdiri terpacak di situ!

“Saya mahu berangkat sekarang. Apa nombor telefon bimbit anda?”

“Maaf. Saya tidak dapat berikan nombor saya kepada anda.”

“Habis, bagaimana saya mahu menelefon anda? Bagaimana kita mahu berjumpa di Selangor?”

Suaranya sudah naik satu oktaf. Ketika ini, saya teringat suatu cerita yang diceritakan oleh pensyarah saya. Melalui pengalamannya, beliau menceritakan..warga Afrika adalah agak agresif dan kasar. Mereka juga mudah marah sekiranya ada yang provoke, ataupun tidak melayan mereka.

Itu yang saya takutkan! Saya kaget. Saya pandang keliling. Semuanya sedang tekun mengadap komputer masing-masing. Saya cuba meminta pertolongan supaya saya terlepas dari situasi itu. Tapi tiada siapa yang memandang. Saya tidak mahu dimarahi T________T

“Maaf. Saya tidak mungkin akan berjumpa dengan anda di Selangor.”

“Oh, marilah! (direct translation lagi) Baiklah. Kalau tidak di Selangor, apakata kalau kita pergi minum sekarang? Ayuh, kawan saya sedang menunggu di luar.”

Dan saya lihat kawannya itu sudah seperti cacing kepanasan menantikan rakannya untuk keluar dari CC.

“Maaf. Terima kasih sahaja.”

Dan diapun keluar sambil merengus geram. Saya lega! Sepantas kilat juga, seorang wanita Cina di sebelah saya berkata,

“Jangan!! Jangan!! Jangan beri nombor telefon!! Jangan dilayan mereka-mereka tu semua. Bahaya!!”

“Oh, saya tidak tahu!! Saya ingatkan mereka baik-baik sahaja. Kenapa tiada siapa yang bersuara tadi?”

Bermula dari hari itu, saya seolah-olah fobia dengan lelaki Afrika. Lebih-lebih pula berita mengenai mereka melakukan jenayah dan melakukan kekecohan seringkali keluar dalam berita.

Langit tak selalunya cerah..

Suatu hari, dalam jam 8 malam..saya dari stesen komuter UKM untuk ke KL. Train agak sesak. Saya duduk. Berdiri di sebelah saya adalah dua orang warga Afrika sedang berbual-bual dengan sorang lelaki Melayu Singapore. Lelaki Afrika itu menyokong Manchester United, manakala lelaki Melayu itu pula cuba untuk provoke dengan mengutuk-ngutuk MU.

Suara lelaki Afrika itu makin meninggi.

Saya cuak.

Gadis di sebelah saya turun di stesen Serdang. Saya mengambil tempatnya di sebelah tingkap. Dan perkara akhir yang saya mahukan, lelaki Afrika itu duduk di sebelah saya!

Saya kaget. Jantung berdegup laju. Pengalaman lepas mula bermain di dalam kotak ingatan.

Dia menghempaskan punggungnya di sebelah saya. Saya tidak memandang ke arahnya. Pandangan saya halakan ke luar tingkap. Tiada apa yang kelihatan kecuali gelap malam.

“Anda orang Malaysia?”

Saya diam.

“Anda orang Malaysia?”

Kali ini suaranya ditinggikan. Dan tidak cukup dengan itu, lengan saya disikunya kerana saya tidak memberikan sebarang reaksi sebentar tadi. Babi!

“Ya.”

Pendek sahaja jawapan saya berikan dengan nada keras yang sengaja saya tekankan. Tanda protest. Tidak mahu terlalu ramah lagi dengan warganegara ini.

Di stesen bas Sungai Nibong tempoh hari, saya beramas mesra dengan lelaki Iraq pula. Saya sedar kini yang saya terlebih ramah. Tapi saya cuba elak. Walaupun dia cuba memberikan eye-contact semasa menunggu bas, saya cuba untuk tidak melihat ke arahnya.

Sudah!! Sudahhhhhhhhhhh!!

.

Lain pula halnya dengan lelaki Melayu. Saya memang takkan memulakan perbualan dengan lelaki Melayu yang tidak saya kenal. Biarlah dikatakan saya sombong. Saya memang curiga di situ.

Dulu dalam bas, ada seorang lelaki ni duduk di tepi saya. Dari KL tidak bercakap sepatah kata. Tiba di Juru, baru mau memulakan bicara.

“Balik Penang?”

Dowhh!! Pick up line sangat lame!! Sah sah bas tu memang tuju ke Penang.

Lepas dijawab sepatah, tanya lagi soalan. Saya tak tahulah dia ni jenis tak reti bahasa kot. Memang intonasi dan body language terang-terangan menunjukkan saya tak berminat nak sembang.

Dah tu pulak, bukan main lagi sembang kencang. Dia cerita dia polis, INSPEKTOR. Umur 22. Gebang bukan main lagi. Konon untunglah sangat dia masuk PDRM sebab boleh ambil  lesen percuma. Lesen motor, lesen kereta, lesen lori, segala jadah.

Hello! Bapak ako kot yang ajar kat Sekolah Latihan Memandu PDRM tu!

Eh, emo plak!

Paling tak leh blah, mamat ni siap cakap yang dia ni undercover. Sebelum nak bagitau yang dia ni undercover, siap toleh kiri-kanan..konon taknak identiti terbongkar.

Pundekkkkk!!!

“Ambillah nombor telefon I. I taknak kita habis kat sini je. I nak kenal dengan you. You ada Friendster?”

Oh! Muntah hijo!!

9 thoughts on “Baru sedar yang diri ini adalah bias dan pilih bulu..sebab diri ini menjadi terlebih ramah bila berkomunikasi dengan..

  1. ::bismillah…(sempena bulan puasa ni)…::

    ::ai jd hansel & gretel lg yer..::

    wahahahah..walaupon i da setahun tlambat..tp ai tetap gelak2 sopan di dpan PC, di opis di masai ini.. bab inspektorrrr tu mmg muntah kaler2 pelangi laa..andekaver hotak muu..

    yg laki2 afreka tu, mmg sereeemm..i pong pnah ada pngalaman ngan dierg ni..(di kala zaman pnoh kesesatan dulu).. tp kan, i ada sorang kawan, adek die da nk kawen da ngan sorang abang awang itam ni.. terpk ..x serem kah kamu wahai pompuan..fmily dia pon on.. mybe die llaki yg baek kot..kan..pk baek, pk baek…

    • err.. dah nak kawen???!! i am soooo speechless!!
      sampai skang ni i masih trauma. kalau nampak awang itam ni, memang i akan elak dari jauh. mintak simpannnnggggggg -__-“

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s