Saya yang kuat merungut dan kuat komplen

Hati berlagu hiba kerana sering diperkata yang saya ini kuat merungut dan komplen. Sentap. Bukan niat sebenarnya nak komen itu ini, komplen sana sini.

Tapi bila dikenang-kenang semula..memang banyak menda yang sentiasa tidak puas di hati saya. Sepertimana Mr.K selalu berkata, saya ni kuat komplen. Makanpun nak komplen tak sedap. Apalah salahnya makan aja tanpa banyak bunyik? Ini tidak, makanan dah depan mata, kalau tak menepati citarasa..boleh pulak main kuis-kuis.

Tak cukup masin, tak cukup masam, terlalu manis, takde rasa. Betul apa! Kalau dah tak sedap, takkan nak paksa tekak telan jugak kan?

Kalau Mak saya masakpun saya komplen, inikan pula kalau makan di luar. Sudahlah makanan tu dibayar, yang dihidangkan pula tak semacam mana. Tak ke hangen jadiknya?

Dan kerana sering sangat bersikap begitu, berkemungkinan besar yang saya ini akan menjadi seorang ibu mertua yang cerewet. Matiklah menantu-menantu perempuan sekalian. Cewah, jauh gila pikir sampai ke menantu bagai! Sungguh berangan!

Selesai cerita makan.

Kalau Mr.K lambat, pun saya bebel-bebel. Kalau dia pergi meeting sampai tengah malam, pun saya bising-bising. Bukan apa, sampai ke tengah malam meetingnya. Bila masa nak berehat? Kerjapun perlu ada masa untuk diri sendiri, juga untuk orang yang tersayang (uhuk uhuk).

Dan bila saya cakap dia tiada masa untuk saya, dikatanya saya ni selalu mahu lebih. Tidak tahu mahu bersyukur. Always want more. Eh…haruslah! Kalau dia tu takde kena mengena dengan hidup saya, ada saya kesah?

Sebab dia ada kena mengena dalam hidup sayalah , sebab tu saya concern, saya bebel, saya komplen.

But he doesn’t take it that way T______________T

Semalampun JasJamal cakap yang saya ni kuat merungut. Lagi tambah sentap. Sentap kuasa patplohpat. Ingat nak majuk lama-lama. Tapi kata-kata pujukan dia (yang juga saya harapkan Mr.K berkata begini suatu hari nanti) membuatkan saya sangat tersentuh.

“Sifat-sifat negatif tu yg menjadikan kita lain dari yang lain. Kalau kite terlalu sempurna tentang semuanya, tiada apa-apa yang istimewa lagi. Kamo takkan ingat yang saya sangat memilih, sangat berkira bab makan, kamo takkan ingat siapa JasJamal.

Tengok orang yang sedar tentang sifat negatif kita.. Orang tu yang sayang kita tahu? Mulut je komen itu ini tapi bila sampai masa..”

Ataupun mungkin saya terlalu sentap dengan Mr.K. Mulut je jahat tapi dalam hati ada taman.

Takpelah, saya nak pegi pujuk hati sendiri.

2 thoughts on “Saya yang kuat merungut dan kuat komplen

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s