kenapalah hari ini sudah kena kerja?? alangkah baiknya kalau saya masih bercuti di Pulau Mutiara (wah!! it rhymes!!)

Ahhhhh..hari ini sudah masuk ke kantor semula. Tapi mood bercuti masih bersisa. Ni lah masalah kalau balik dari mana-mana. Musti rasa lemau je nak mula bekerja. Bukannya makin bersemangat.

Ya! Saya sudah memuaskan nafsu serakah dengan pergi ke Line Clear, makan nasik kandaq kat sana. Jejak je kaki kat Sungai Nibong, terus pergi Chowrasta. Line Clear dah upgrade. Bumbung dah tukar, siap boleh bukak bukak lagi bumbung tu. Manusia memang ramai yang beratur. Tapi kebanyakannya orang luar. Mungkin nak rasa sendiri sesedap mana nasik kandaq ni.

Cuma saya tak pergi pun makan nasik kandaq Kampung Melayu padahal dekat ceh je dengan Farlim. Cendol Teochew pun tak sempat, Naan Tandoori Kapitan pun tak sempat. Nasi Lemak pun sama. Kena tungu coti panjang sikit baru best nak jalan-jalan cari makan. Kalau asik keluar je, kesian kat Mak pulak nanti. Balik Penang bukannya tau nak duk rumah tapi pergi jalan sana sini. Serupa je macham tak balik.

Duk kat rumah, bukan duduk saja. Tetap berpesta makanan. Alang masak Mee Kuah. Lauk nasik pun ikut selera saya. Kerabu Daging ala Thai dan Rebung Masak Lemak. Terbaekkkkkkk!! Mak pulak siap masak bubur kacang dan kuih kasturi.

Saya jumpa kek Hiro!! Budak-budak yang lahir tahun 80-an mesti tau kesedapan kek ni. Betapa nostalgianya beliau.

Masa jumpa kek Hiro ni, saya adalah sangat sexcited! Yelah, dah lama gila kot tak jumpa. Masa sekolah rendah last skali jumpa. Tiba-tiba, Tora muncul kembali!! Terus beli 5 bungkus!! Simpan dalam peti ais.

Tapi kek Hiro ni dah jadik kecikkkkkk wooooooaahhhhh!! Kecik konek (read: kecik sangat sangat. Langsung tidak bermaksud kecik seperti konek sesiapa). Harga dia 30 sen. Manis gilaaaaaaaaa!! Maknanya, saya ini tidaklah cukup sweet (manis) sampai tidak dapat menandingi kemanisan kek Hiro tersebut T__________T

4 thoughts on “kenapalah hari ini sudah kena kerja?? alangkah baiknya kalau saya masih bercuti di Pulau Mutiara (wah!! it rhymes!!)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s