Bangsar-Brickfields-Penang

Saya di Brickfields hari ni. Jauh sungguh merantau demi sesuap nasi. Macam kan jauh la sangat padahal dari Bangsar pindah ke Brickfields je pun. Ini semua adalah gara-gara ketiadadaan bekalan pendingin hawa di tempat kerja. Dah masuk hari ketiga hari ni dah semua sudah tidak sanggup lagi duduk bekerja dalam oven.

Semalam saya sudah semput sebab duduk dalam bilik yang panas. Tak bertingkap, udara tak mengalir keluar-masuk. Kepala memang dah sakit.

Makanya, kita perlu mencari alternatif. Di sini sungguh sejuk. Al-maklumlah, sini banyak server. Suhu memang sejuk tahap gigil. Orang lain tak gigil tapi saya sorang.

Petang nanti saya akan pulang ke Penang. Dari Brickfields nak ke stesen Plusliner yang dekat stesen KTM KL tak jauh. Jalan kaki je. Cuma sekarang tengah berpikir dengan kelajuan yang sungguh pantas; hari ni pakai baju-T polo berwarna hitam dengan berkasut tumit tinggi nak jalan di tengah panas terik, galas beg laptop bersama-sama beg balik kampung. Peluh akan merembes-rembes keluar, terus mengalir laju menuruni belakang badan sampai ke celah punggung. Marveles.

Tapi takpe. Kita pakai aviator baru dulu. Gaya mutu keunggulan mesti ada. Berjalan kaki di tengah-tengah jalan raya yang sibuk Kuala Lumpur dengan menggalas beban dan memakai aviator. Wow! Gorjes!

Oh ya. Memang saya balik Penang sebab nak pergi makan nasi kandar. Selain daripada kerinduan yang menggebu-gebu terhadap keluarga terchenta.

Alamak! Malam ni Brazil lawan Belanda. Rumah saya takde Sports Channel sebab dah tukar ambil Disney Channel. Tengok Shaun The Sheep la jawabnya. Malas nak pergi mamak. Baik duk rumah.

Ada yang nak kirim jeruk? Jeruk salak? Jeruk plum China? Jeruk kedondong? Jeruk kelubi? Jeruk anggur? Buah kabung?

Sorry. Saya tak ambil order.

4 thoughts on “Bangsar-Brickfields-Penang

  1. kamo mmg xbole sejuk jugakkan??mudah menggigil..sama seperti panas, mudah berpeluh, maka suhu optimum kamo??

    • ya..tidak boleh terlalu sejuk, dan tidak boleh terlalu panas
      suhu optimum saya adalah 25 darjah Celcius
      suhu sepoi-sepoi gitu
      nyaman jek
      kamo?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s