Quickie Updates

  • S’Mores adalah sudah tidak halal. Salmon Steak & S’Mores Chicken yang sebelum ini saya suka sudah tidak boleh saya nikmati kerana tuan punya restoran sudah memasukkan hidangan babi ke dalam menu.
  • Saya semakin sakit hati dengan Maxis kerana potong kredit Hotlink saya habis-habisan. Memang tak dapat diselamatkan lagi Hotlink Youth Club yang valid sehingga 30 March 2013. Kena tukar jugak pergi ke postpaid.
  • Ahad lepas pergi bermain badminton. Seperti biasa, pancit. Hari Isnin badan saya dah mula sakit-sakit. Nak pusing badan semasa di perbaringan dari kanan ke kiri mengambil masa 10 saat.
  • Hari ini adalah 30 Jun 2010. Hari terakhir di bulan Jun. Maksudnya esok sudah bulan Julai. Bulan Julai ada sesuatu yang menarik. 8 Julai. 8 Julai. 8 Julai.
  • Pasukan yang mara ke Quarter Final adalah sangat menarik. 4 negara Amerika Latin. Argentina, Brazil, Paraguay & Uruguay. Auuuwww..sexay semua Latinos itu! Spain jugak sexay!
  • Puasa dah nak dekat. Tahun lepas punya poser pun belum qada’ lagik ni. 9 hari beb!! 9 hari!! Poser marathonlah jawabnya seperti biasa. Azam nak ganti awal-awal tu memang tinggal azam je lah.
  • Dah lama tak balik Penang ni!! Dah masuk 2 bulan!! Malam tadi tiba-tiba tekak mau makan Nasi Kandaq Line Clear. Pastu member kasi perangat pulak pi sebut Nasi Kandaq Kampung Melayu. Hoih! Mana nak tala wehhh?? Jangan haraplah pi tala Nasi Kandaq kat Kay El ni. Rela saya tak makan. Kena tunggu bulan Ogos jawabnya. Mau serang itu Line Clear sama Kampung Melayu.

6 thoughts on “Quickie Updates

    • hoih!! apa duk kat penang tapi tak tau ney?? hang pi kat chowrasta, seberang mydin bukan ka..
      jalan sampai hujung nak masuk chulia street, sebelum tu ada orang juai nasik kandaq.
      kalau tak nampak jugak, hang tgk ada pawagam tayang filem tamil kat seberang jalan.
      line clear kat belah dalam..kat dalam lorong.
      kalau hang pi makan nasik kandaq kat belah depan tu..hang silap noooo

    • hang kena rajin pi jalan kat penang wehhh.. baru tau jalan!
      chowrasta kat penang road. ada bazaar kat sana yang orang duk pi beli kain ela.
      kalau tak tau gak, ada IPK Pulau Pinang kat situ.

    • wehhh!! awat hg baek sangat?? bila masa orang kat penang mau parking elok2 ni suma??
      meh nak habaq mai, pi parking ja tepi jalan tu. line kuning?? depa tak heran pun😛
      okey, ako jahat. ajaq hang menda jahat. sila jangan ikut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s