Good things happen sometimes..

I sick. Yes I am so sick. Dari mana entah dapat virus ni semua. Nasib baik bukan virus-virus benci. Cuma virus yang membuatkan badan lembik, letih lesu. Ini petanda baik untuk kurangkan berat badan!!

Dalam tak sihat, tekak nak makan Naan Tandoori. Gigih bagitau manusia bernama Mr.K. Gigih jugalah dia bawak ke mamak. Kalau nak makan Naan Tandoori yang paling sedap, sila ke Restoran Kapitan di Gurney ataupun di Jeti. Terbaik dari ladang. Tapi dah namapun duduk di Kay El, redha je lah dengan Ibrahim Maju. Nafsu nak makan ada, tapi bila makanan dah depan mata tak berselera pulak. Main cuit-cuit sikit je lepas tu tinggal.

Buah-buahan pun dah dia beli. Rasanya itu je yang boleh diterima perut tanpa ada sesi muntah lewah. Seksanya bila sakit macam ni. Sebab tu Mak pesan, jangan disekat kalau tekak masih berselera nak makan. Nanti bila dah sakit, dah tak boleh makan macam masa sihat. Masa tu nak menyesal pun dah tak guna.

Saya memang dengar cakap Mak. Dan hasilnya? Dari saiz S, ke saiz M. Mungkin akan ke saiz L tidak lama lagi.

Pagi tadi gigihkan diri ke klinik. Dapat MC. Suka. Teringat pula semalam dah dapat reminder ada parcel untuk saya di tingkat 13. Auuuwww..surprise. Saya suka. Tapi dari siapa, ya?

Terus ke tingkat 13. Serahkan slip MC kepada Ziana. Kemudian Ziana serahkan parcel kepada saya.

Sesampainya saya di rumah, bungkusan parcel saya koyakkan. Hati berdebar-debar. Kertas pembalut saya siat. Sebuah buku! Dan buku itu bukan sebarang buku. Buku bertajuk Twilight Saga: Ecplise. Bersama–sama nota yang ringkas..

“Hadiah Bulan 6 untuk Izyana Zin.”

Kamo buatkan saya tersenyum, JasJamal. Terima kasih untuk hadiah bulan 6.

Tanggal 25 Jun 2010, saya menantikan sebuah kejutan yang dijanjikan. Sebuah kejutan yang sudah 2 kali ditunda. Mungkin juga akan ditunda lagi untuk kesekian kalinya. Kita tunggu dan lihat. Ia masih lagi sebuah kejutan walaupun telah dikhabarkan terlebih dahulu. Dan itu membuatkan saya lebih tidak sabar.

Oh ya! Memang saya sukakan kejutan. Pleasant surprise, I mean.

6 thoughts on “Good things happen sometimes..

  1. tak jumpa lagi tandoori lg sedap dari kapitan gurney! seriusly. mamak tu mcm rumah kedua aku dah LOL. nasi beriani diaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!! boleh buat aku mengidam 4 hari T___T

    • tau takpa!! hanya kita yg tau betapa heavennya tandoori + briyani kat kapitan
      tak sama weh kat tempat lain..duk tringat2 ja
      tu pasai ako gigih pi kapitan kalo balik penang

  2. dah dapat??bagus..bagus..ingatkan dah silap alamat,😛 soh mesage alamat xnak, nasib laa kawan kamo neih gigih salin dr YM tahu?? (>__<")

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s