I am just a little unwell

Pagi ni saya bangun dengan hidung yang tersumbat. Tak lama lepas tu, hingus mula meleleh keluar tanpa diminta. Sepantas kilat saya kesat pada baju tidur. Tekak terasa perit dan pedih. Kepala berpusing-pusing.

Tapi saya gagahkan diri ke bilik air. Langkah begitu lemah dan longlai. Selemah perasaan bila Azzuri seri dengan New Zealand. Kecewa dan hampa sekali. Perasaan juga bercampur baur. Gembira dengan kemenangan Paraguay, sedih dengan persembahan Azzuri. Wajah Canavarro dan Santa Cruz bersilih ganti. Kenapa saya sukar untuk membuat pilihan? Santa Cruz dan Canavarro membuatkan saya di dalam dilema.

Di dalam bilik meeting, badan saya menggigil. Runny nose bertambah teruk. Saya terbersin berkali-kali. Tidak tahan dengan keadaan begitu, terus saya ke tingkat 26. Giliran saya yang ke 31, angka giliran yang sedang dirawat adalah 23. Tunggu agak lama, tapi bila tiba giliran saya, tak sampai 5 minit pun saya dirawat.

Dan agak geram juga sebab lady doctor tu tak kasi MC T__________T

Turun ke kafe D2 bersama-sama Kak By. Tekak tak berselera. Maklumlah, kurang sihat. Saya ambil bihun sup + soto ayam. Sambal hitam tu saya letak bukan main banyak. Pedas baru sedap. Saya order roti jala satu set. Tak ada selera lah katakan. Makan pun sikit je.

Nasi himpit tu saya lenyek-lenyek supaya sebati dengan kuah sup. Entah macam mana, sedang elok saya lenyek, nasi himpit tu terpelanting ke muka saya. Oh, malu! Kuah juga terpercik ke muka. Pedas dan panas menjalar ke muka. Pijar rasanya dengan kuah yang panas dan pedas. Tapi tak standing dengan perasaan malu itu.

Tapi hidup perlu diteruskan. Makan tetap makan.

Sebelum naik ke office, saya bungkus teh ais. Lupa pula akan kesihatan diri yang sepatutnya kurangkan meminum ais.

Apalah sangat sakit-sakit tu semua..kalau nak dibandingkan dengan sakit rindu?

Sakit lagi sakit menanggung rindu, tahu?

4 thoughts on “I am just a little unwell

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s