Genting: Kota Keriangan

Subuh-subuh sepe’ie dah bangun siap-siap. Pergi kerja pun belum tentu bangun seawal tu. Bas dari KL Sentral pukul 8.00 pagi. Ambil bas yang paling awal.

Heh. Harga on weekdays: RM 41, weekends: RM 45. Tak banyak beza. Kalau dulu, 4 tahun dulu..beza weekends and weekdays: RM 10.

Journey was not that bad. 1 jam dari KL Sentral ke Genting Skyway. The journey was bad sebab ada a group of budak-budak batak yang baru nak naik macam manusia sakai. Dahlah lambat naik bas, bila kena tegur dengan bus driver, bising-bising konon melawan. Dalam bas tak reti nak duduk diam. Batak hokey!

Dalam cable car. Yang lagi dua tu ingatkan saya snap dengan Inchey K aje.

.

Sampai kat Genting dalam pukul 10 pagi. Genting tak banyak berubah. Cuma ada tambahan sana sini. Ada Pirate Ship, cuma ride tu tak upside down macam kat Sunway Lagoon. Pastu ada banyak mainan yang tikam-tikam tu. Kalau you are lucky enough, dapatlah teddy bear. Kitaorang tak lucky pun. Langsung-langsung!

Sampai sana terus naik Space Shot. Pastu pergi naik Cockscrew. Gigih beratur, sanggup kasik orang lain dulu naik walaupun dah sampai giliran kitaorang. Sebab? Sebab saya nak duduk tempat paling depannnnnnn skali! Baru thrill hokey kalau main menda alah ni suma dan duduk seat paling depan. Sangat best bila rides tu nak terjun ke bawah dari tempat yang tinggi dan nampak rail segala. Best best best. Mangsa? Inchey K yang terpaksa ikut perempuan gila yang nak duduk depan bila naik segala menda. Ha ha ha.

Tapi Kak By main ngelat. Diam pejam mata!

Paha gila bapak punya besar..macam badak T_________T

.

Pastu naik Flying Dragon, Rolling Thunder Mine Train, paling tak boleh blah –Sungai Rejang Flume Ride. Gigih nak main walaupun Inchey K sungguh-sungguh taknak main sebab takut beg Elle mahal dia tu basah (aksi dia menyelamatkan beg mahal bila kena air Kickapoo adalah sangat priceless!!). Basah dan sejuk. Saya menggigil walaupun pakai jaket bulu-bulu. Last rides yang kitaorang naik –Spinner. Abang Nazim tak naik. Pening katanya.

Genting tak banyak yang berubah. Yang berubah bila Super Tobaggan, rides yang kena timbang berat dan kena naik sorang-sorang tu dah tutup. Kolam renang yang dekat Sengai Rejang Flume Ride tu pun kosong. Takde air. Kering. Dan yang paling sedih, Genting tak nampak ceria. Cat semua dah nampak pudar. Ada kawasan yang berlumut. Patutnya theme park macam tu kena sentiasa ceria. Staff pun susah benar nak senyum. Muka masam, buat kerja pun macam malas-malas.

Inchey K yang sangat sexcited nak bergambar dengan maskot monyet

.

Lepas lunch kat KFC, sambung jalan-jalan kat First World Indoor Game. Masa ni memang dah tak larat. Dalam kepala ingat nak tidur je. Manusia memang agak ramai. Dengan anak kecil, dengan anak besar.

Bila dah petang-petang sikit, lapar balik. Pergi beli keledek bakar. Rm 2.50 untuk 100g. Dua ketul mau RM 6.00. Gila mahal. Memang dia ketuk sungguh-sungguh. Mentang-mentanglah kat sana takde pilihan lain. Sampai mee Maggi pun RM 5.50. Mengalahkan Air Asia!

Gambar yang nampak retro. Me loike!

.

Dari Skyway pukul 8.30 malam. Bas paling akhir. Tamak haloba lah katakan. Memang penat sungguh. Tu pasal pinggang rasa nak patah, kaki nak tercabut. But we had a great time together. We had fun.

Balik KL pun naik satu bas dengan budak-budak batak. Hampeh!

9 thoughts on “Genting: Kota Keriangan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s