Kadang-kadang kita terlepas pandang.. atau mungkin saja tak mau pandang

Price Stiker

Perasaan bila beli sandals/heels/wedges adalah sangat best. Kalau dah pakai pun kadang-kadang rasa nak letak balik dalam kotak. Punya sayang.

Punya sayang sampai price sticker pun lupa nak tanggalkan.

Tahukah bahawa price sticker itu adalah sangat visible walaupun anda beranggapan yang price stiker tu terletak di bawah kaki dan tak mungkin akan dilihat?

Bila berjalan ke mana-mana, let it be at shopping mall atau di tempat kerja..saya senyum kambing bila nampak price sticker masih di kasut baru mereka.

Nak bagitau pakai kasut baru ke kak?

Percayalah. Price sticker tu memang boleh nampak dengan jelas dan nyata. Silap-silap boleh nampak harga kasut baru😛

.

Lif

Menunggu lif adalah benda yang paling membosankan. Anda sedang jalan ke arah lif, pintu lif terbuka, tapi anda masih dalam 5-6 langkah nak sampai..orang yang sedia ada dalam lif tu langsung tak ada courtesy nak tekan hold button walaupun dah nampak dari jauh ada orang sedang berjalan ke arah lif.

Apalah salah kalau ditunggu sekejap? Ni tidak. Bila nampak ada orang macam nak menghala ke lif, cepat-cepat ditekan butang tutup. Takut sangat lambat sampai ke tingkat yang dia nak pergi.

Tapi, kalau ada yang tekan hold button..jangan lupa ucap terima kasih. Ada juga yang jenis buat bodoh, buat tak tahu. Nak cakap terima kasih pun susah ke? Tak luak pun hokey!

.

Tempat duduk khas untuk wanita mengandung/kurang upaya/warga emas

Saya paling tak suka bila naik lrt/bas, saya duduk di tempat duduk khas untuk wanita mengandung/kurang upaya/warga emas. Sebab nanti saya tak senang duduk, manalah tau kalau-kalau saya tak nampak orang yang berhak duduk tapi tak dapat duduk sebab saya duduk tempat dia.

Tapi ada je manusia yang tak paham baca papan tanda. Tak reti nak tengok gambar yang dah siap ditampal pada tingkap lrt/bas. Dah nampak jelas depan mata ada wanita mengandung/kurang upaya/warga emas  tapi buat-buat tak nampak. Buat-buat pandang tempat lain. Ni jenis manusia tengin.

Kan sekarang KTM Komuter ada buat koc khas untuk wanita kan? Yang warna pink tu. Hari tu masa saya nak naik komuter di KL Sentral, bukan 2 koc je yang berwarna pink. Tapi keseluruhan gerabak warna pink, khas untuk wanita.

W-A-N-I-T-A. Bukan untuk lelaki.

Saya lega. Sebab ingat dapat naik dengan selesa. Mana tau kalau dapat tempat duduk.

Jangkaan saya meleset. Berpusu-pusu manusia yang berjantina lelaki berebut-rebut nak naik gerabak yang berwarna pink tu. Kebetulan, tak ada pengawal yang sedang berkawal.

Tak ada civic minded langsung!

9 thoughts on “Kadang-kadang kita terlepas pandang.. atau mungkin saja tak mau pandang

  1. hahaha.. sy ni dah cmpur pekan, terengganu..
    balik umah, kuar slang pekan..
    jumpa sedara area terengganu, kuar slang terengganu..
    senang cite ckp.. BM je…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s