Orang berbudi, kita berbahasa..

Saya balik ke kampung. Ya, cerita kampung tak habis lagi. Tapi ini cerita perjalanan pergi ke kampung dan balik dari ke kampung.

Saya balik ke kampung dengan abang sepupu saya, Abang M. Makwe dia, Kak N ikut serta sekali. Memandangkan saya ini tidaklah biasa menumpang kenderaan orang secara percuma, maka saya hulurkan kad Touch N’ Go saya yang berjumlah RM 104++ di dalamnya.

Mulanya saya berikan kad itu kepada Kak N, tapi dia cakap tak perlulah sebab kebetulan balik sekali. Namun, saya ini tidak sedap tumpang secara percuma. Saya hulur kepada Abang M. Sambil menghulurkan kad itu, saya berkata..

“Ambil, lah. Kalau tak ambil, lain kali saya taknak tumpang dah. Segan saya naik free je. Kalau saya naik bas pun, saya bayar jugak.”

Kad itu disambut tanpa banyak soal.

Tol Gombak: RM 3.00

Tol Bentong: RM 5.00

Tol Karak-Gambang: RM 16.90

Saya tanya Ayu, berapa jumlah tol pergi balik dari KL-Kuantan. Ayu cakap dalam RM 50 pergi-balik. Saja saya top-up kan lebih supaya baki RM 50 tu nanti boleh saya guna kemudian hari. Malas pula nak top-up banyak kali.

Sampai di kampung, saya pulang ke rumah. Kad Touch N’ Go tidak dipulangkan. Tak apalah, niat di hati memang taknak minta. Sebab hari balik ke Kay El nanti pun nak guna lagi.

Hari Ahad, keluarga Abang M ke Jengka menghadiri kenduri kahwin. 2 buah kereta semuanya.

Hari Isnin, kami gerak pulang. Sampai di tol Gambang, saya tengok baki kad saya di skrin tol. RM 62++. Baki asal RM 104++. Tol KL-Gambang: RM 25. RM 17++ kekurangan di situ.

Sah!

Abang M guna kad Touch N’ Go saya dalam perjalanan Gambang-Jengka-Gambang.

Saya diamkan sahaja. Selamat sampai di rumah, saya menelefon Mak Cu untuk mengkhabarkan yang saya sudah tiba. Dan saya mengkhabarkan perihal Touch N’ Go saya kepada Mak Cu.

Hari Sabtu sebelumnya, Mak Cu mengkhabarkan keluarga Abang M akan ke Jengka. Ditanyanya pula tentang Touch N’ Go saya. Kebarangkalian untuk digunakan oleh mereka adalah tinggi.

Tapi saya cuba fikir secara positif. Saya tidak mengikuti mereka ke Jengka. Mengapa pula saya perlu membayar harga tol mereka ke sana? Logik di situ.

Tapi, kalau Abang M guna juga..tak apalah. Saya halalkan kerana mengenangkan saya menumpang keretanya, dapat duduk dengan selesa tanpa perlu bersusah payah ke stesen bas.

Cuma saya terkilan.

Mak Cu beritahu sewaktu bersembang dengan Kak L (kakak kepada Abang M), Abang M akan gantikan semula wang itu.

3 jam setengah masa perjalanan dari Pekan-KL. Sepatahpun Abang M tak sebut dia gunakan Touch N’ Go saya ke Jengka. Apatah lagi untuk menggantikan wang itu semula.

Cukup saya terkilan. Saya tak kisah dia gunakan kad saya. Apalah sangat RM 17++ itu. Sikap mendiamkan diri itu yang saya tak senang.

9 thoughts on “Orang berbudi, kita berbahasa..

  1. ewahhh. guna tak ingat punya weh. nasib la 17 hengget. kalau tgk2 skrin ada rm10 ja? tak ka meroyan?

    betoi la. bukan nak berkira pasai duit tapi bila dah guna tu, reti2 lah bagitau. bukan isu dia bayaq ka tak. tapi isu bila kita yg guna kad tu. mentang2 lah kena touch and GO ja. haihh.

    • tu lah pasai.. dari situ dah boleh nilai dia tu macam mana
      lepas ni, mmg kena beringat dgn manusia cenggini
      boleh plak main diam ja.. haihhhh

    • ye betui..dah la kita ni berbudi bahasa, pemalu dan sopan santun
      taknak la bising2 pasal duit tol tu
      apalah salahnya kalau dia cakap..sekurang2nya minta izin n beritahu
      manusia ni macam2 kerenahnya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s