Nasi Goreng Cili Padi dan kisahnya..

Kalau anda biasa dengan kawasan Bangi, di simpang stesen komuter UKM ada sebuah gerai makan di situ yang diberi nama Sri Nangka. Sebuah gerai yang seperti tempat makan yang lainnya yang menjual masakan panas dan Tom Yam.

Saya dan Marina Shah sering ke situ. Berdua menaiki motor Honda EX5 dari Kolej Pendeta Zaa’ba. Marina dengan menunya yang silih berganti tiap kali ke situ. Saya pula, dari kali pertama mencuba makanan di Sri Nangka, terus stick dengan Nasi Goreng Cili Padi.

Nasi Goreng Cili Padinya pedas. Digoreng dengan daging lembu. Dan ada rasa hangit-hangit kuali sikit kerana digoreng dengan api besar. Saya suka rasa hangit tu. Sebab kalau masakan Cina, lazimnya makanan dimasak dengan api yang besar. Rahsianya di situ. Api.

Oh ya. Kuey Teow Kung Fu Sri Nangka sangat berbeza. Kuey Teownya digumpal-gumpal menjadi bebola kecil lalu dicelup ke dalam telur. Lalu digoreng garing. Bukan seperti kelazimnnya yang Kuey Teow itu dikacau di dalam telur sekaligus.

Berbalik kepada Nasi Goreng Cili Padi saya. Begitulah tiap kali andai saya makan di situ. Tidak pernah berubah.

Sampailah pada suatu hari, Marina Shah berkata kepada saya..

“Perilaku seseorang dalam sesebuah hubungan dapat dilihat melalui tabiatnya di kedai makan. Kalau dia sering berubah-ubah menu dan hidangan, begitu juga dia dalam perhubungan. Hang, selalu order menu yang sama. Maknanya hang setia. Ako tak tetap. Ha ha ha.”

Wallahualam.

6 thoughts on “Nasi Goreng Cili Padi dan kisahnya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s