cerita dari kampong

  • Balik kampong. 2 orang sepupu perempuan yang sebaya dah kahwin. Baru pulak dapat baby. Sorang dapat baby girl. Sorang dapat baby boy. Beta tak kisah. Itu jodoh diaoranglah sampai dulu. Tapi beta kisah kalau makcik-makcik sekalian yang dah bermenantu tu sibuk badan tanya bila pulak saya nak nak kahwin, nak timang anak sendiri. Tanya dengan tujuan nak bermegah diri sebab anak dia laku dulu. *dush dush*
  • Lepas topik kahwin, soalan kedua adalah kereta. Dah beli kereta ke belum? Wahai makcik dan pakcik sekalian, beta nak beli kereta kebal tapi tak mampu. Tunggulah 10 tahun lagi. Mungkin masa tu berjaya memiliki sebuah kereta kebal. Boleh juga saya lenyek kereta anak/anak menantu makcik pakcik.
  • Soalan ketiga, tentang kerja. Kerja senang ke? Susah ke? Bila diberitahu kadang-kadang balik lambat dalam pukul 8 malam, dikatanya kerja macam kerja kilang. Masuk 8.30 pagi, balik 8 malam. Tapi takde dapat elaun/OT. Baik tak payah. Oh makcik, itulah namanya kerja seorang eksekutif yang bekerja dalam sebuah projek. Mungkin lepas ni kalau saya rasa tak berbaloi, saya join anak makcik yang umur 30 tahun tu..yang punya ijazah tu untuk terus tinggal di rumah sahaja.
  • PDA (read: Public Display of Affection) di merata-rata tempat ditunjukkan oleh merpati dua sejoli. Sila cepat kahwin, ya!
  • Oh, makcik pakcik. IKEA tu takat saya pergi makan Meatballs je kemudian balik rumah. Toksahlah gebang satu dunia. Sekian, terima kasih.

12 thoughts on “cerita dari kampong

  1. soalan biasa:
    1-makcik nak sponsor saya kawin??kos lebih kurang 100k

    2-tak suke kete murah, kalau nak beli kurang2 mau 200++k baru rase berbaloi pakai kete

    3-ckp ngn makcik2 tuh, kawan kamo kerja 845pg-930mlm kadang2 lajak sampai 1030mlm tuh kategori ape??pekerja buruh pon kalah..haihhhhh, keje nak senang duit nak banyak, mencurik laaaa..

    nak jawab 3soalan famous jerk=P

    • i loike!! i loike!!
      kadang2, saya malas nak menjawabnya. malas jugak nak melayan.
      suka sangatlah diaorang ni sibuk badan..letih letih letih!!

  2. ikea is a bit boring,
    stuffs look nice in catalog,
    tapi real life, takde yang berkenan langsung..

    so to that makcik or pakcik:

    ps- ikea is soooo lame. ngahahaha.

    *matilah*

    • waka waka kakakaka..
      i lurve ur answer dear..!!
      tapi kalau i jawab macam tu, nanti dia kata i blagak plak
      biasalah..diaorang je boleh bangga diri
      so i dengar je lah orang membangga-banggakan diri sendiri

  3. depa jakun pasai IKEA ka weh? my goddddddd! please lah okayyyyyyyyyyyyy! apa yg hebat sgt pasai IKEA tu? melainkan meatballs and daim cake dia yg heaven!

    • tau takpa! tu kira hebat sangatlah tu pi IKEA.
      pastu duk gebang beli almari n lampu IKEA, barang2 kat IKEA murah tapi chantek la, apa bala la.
      batak wehhhhhh batak

  4. Betul. Kurang gemar bila balik kg n kena gi gathering sedara-mara yg 1 kampung tu. Jenuh telinga dok dgr ayat yg sama jer tetiap thn. Apa dia igt, orang yg keje and lum kawin ni, xder duit nk hidup ker? Aiseh.. Salah kaki la..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s