A-Team & Killers

.

Sumpah best!! Penat gelak, penat fokus kat skrin sampai mata tak berkedip takut terlepas scene lawan-lawan, meletup bang bang boom kebabom. Action dari mula sampai habis. Dah namapun genre filem action/thriller.

Watak Murdock itu adalah sangat wacky. Saya pernah tengok cerita Air Wolf, helikopter tu diterbangkan dengan pusingan 360 darjah di udara. Ingatkan dia nak buat macam tu jugak masa nak elak peluru berpandu tapi rupanya dia shut down terus helikopter tu. Gelak sampai nangis.

Dan siapa sangka kereta kebal boleh terbang di udara? Gila wicked!!

Tapi plot filem Hollywood, tidak boleh tidak lari dari keganasan, Iraq, Saddam Hussein, pengganas, orang Islam jahat. Taulah yang Saddam Hussein pernah curi plat untuk print USD masa Perang Teluk tu dulu..tapi kan ke dah dapat balik. Nak juga buat cerita orang Arab jahat tup-tup orang dia sendiri dalangnya.

Memang realiti pun macam tu kan? Nasib baik cerita kau best. Running time: 2 hours. 4.75 bintang daripada 5.

Takleh komen lebih-lebih nanti spoilers semua. Sila pergi tengok, okey!

.

.

Yang ni tengok hari Isnin lepas. Filem action/comedy. Ala-ala Mr. & Mrs. Smith but nothing beats them. Running time pun 1 jam setengah je.

Saya tak feel sangatlah dengan si Ashton Kutcher ni pegang watak the man in the action. Selalu sangat tengok dia dalam romantic/comedy. Feel tu tak sampai. Kalau Brad Pitt, lain cerita.

Bolehlah untuk tontonan ringan. Tapi jangan expect akan ada banyak aksi. Plot pun tak begitu mendebarkan. Tiba-tiba je dah habis.

2.5 bintang untuk Killers.

.

iZZie speaks:

Gila banyak movie yang best this summer!!

2 thoughts on “A-Team & Killers

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s