esok sahaja lagi..!!

Demam World Cup di mana-mana. Semuapun sibuk dengan bola. Semalam pergi Mid Valley, sana sini buat promotion bersempena dengan World Cup. Jual jersi, jual bola, jual merchandise. Pagi ni dengar Hot.fm, bercerita tentang kenangan Piala Dunia.

Tapikan, makin hari makin saya menyampah pulak dengar Hot.fm. Terutamanya bila Panggilan Hangit. Memanglah diaorang saja nak kenakan pendengar. Tapi kerap kali bila saya dengar si FBI yang buat panggilan hangit tu, sengaja diapi-apikan orang yang dikenakan dengan bahasa yang agak kasar macam “bodoh”, “go to hell”, “tak ada otak”. Kalau ye pun nak kenakan orang, janganlah gunakan bahasa yang kasar. Morning Crew Hitz.fm yang paling awal buat prank melalui rancangan Gotcha takde pun guna bahasa kasar. Rileks jek.

Orang dah buka channel tu, dengar je lah..

Cakap pasal kenangan Piala Dunia, saya pun ada. World Cup 2006, saya masih di UKM. Masa tu saya masih di Tahun 1 tapi sengaja ambil kursus semester pendek yang sepatutnya saya ambil di Tahun 2 nanti. Duduk di hostel, tapi tak ada bilik tv. Gagah saya dan room mates pergi ke Low Yatt dan beli tv card dan aerial tv untuk dipasang di laptop saya. Masa tu harga external tv card RM200 tapi World Cup punya pasal, sanggup! Lebih manis kerana team Italia saya menjadi Juara Dunia pada tahun itu, dan juga AC Milan menjadi Juara dalam Liga Juara-juara Eropah pada tahun berikutnya.

World Cup kali ni, saya beli tv CRT 29″. World Cup punya pasal! Nasib baiklah kali ni game paling lewat pun dalam pukul 2.30 pagi. Kalau game habis pukul 4.30 pagi, masih sempat nak tidur dalam sejam-dua.

.

iZZie speaks:

Nanti boleh tengok zombie kat office. Tak pun, mata panda. Tanda tak cukup tidur.

3 thoughts on “esok sahaja lagi..!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s