Cuti-cuti Malaysia

Anda suka bercuti?? Semestinya semua orang suka bercuti. Tapi saya adalah sangat sangat sangat suka bercuti. Dari sekolah lagi, benda pertama yang saya akan buat bila sampai hujung tahun dan bila kalendar kuda dapat bersepah-sepah secara percuma..saya akan kira cuti dulu. Bila cuti sekolah, bila Raya Puasa, Raya Haji, Raya Cina, Deepavali, Wesak, semua kira dah.

Dalam kepala, tak ingat lain. Sekolah belum mula tapi cuti dah kira siap-siap. Sampai sekarang masih mempunyai tabiat itu. Dalam organizer, kalendar kat Outlook, iPhone, HTC Touch Cruise..siap tulis bila nak cuti. Sebab tu bila bos nak pinjam organizer nak tengok bila cuti sekolah, tangan saya gigil-gigil nak kasik tengok. Semua rahsia dalam tu! (Matilah lepas ni kalau orang jumpa organizer beta!)

Itu cuti. Kalau percutian? Saya akan menjadi sangat sexcited. Dari mula tarikh beli tiket, saya menghitung hari hingga ke tarikh percutian. Kadang-kadang, cuba tak pikir sangat tapi memang gagal.

Kalau pergi bercuti, tak kira sama ada ke luar negeri mahupun di dalam negeri..saya suka pergi melawat, jalan-jalan sampai lebam, shopping sampai pokai. Sanggup bangun awal pagi sebab nak ke tempat-tempat menarik. Berjalan sampai lembik dan hitampun tak apa, demi pengalaman. Bila lagi nak dapat peluang macam tu kan?

Tapi ada sorang manusia yang saya kenal. Dia ni tak suka bercuti tapi memenatkan badan. Dia tak suka bangun pagi-pagi, rushing sana sini sebab nak ikut schedule pergi tour. Dia suka chill out. Bangun lambat, lepak kat swimming pool, sun bathing kat pantai, memanjakan diri kat spa; manicure, pedicure, massage, facial, ataupun tidur tengah hari dengan suhu 16 darjah Celcius. Malam, boleh jalan-jalan ambil angin. Takde nak stresskan diri, buat aktiviti yang meletihkan. Balik Kay El, fresh.

Oh, dia adalah Mr.K.

Thoughts?

6 thoughts on “Cuti-cuti Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s