Mana kau punya adab? Common sense pun tak tahu ke?

Pantang benar ako kalau dapat panggilan telefon dari nombor yang tak dikenali. Bila talian dah disambut, bila ako sebut “Hello” je yang di sebelah sana mengeluarkan ayat yang boleh membuatkan darah ako mendidih..

“Who is this?”

Pundek!

Kau telefon ako, tapi kau tanya pulak siapa ako??!! Kau reti tak adab bila menggunakan telefon? Tak reti? Meh sini nak ajar kau.

1. Bila kau telefon orang, kau perkenalkan diri kau siapa. Bagitahu nama, nama syarikat kau bekerja atau department mana. Bagitau jugak sebab kau menelefon tu. Ni selalunya ako praktikkan kalau kena buat panggilan ke department lain la. Ataupun bila ako perlu telefon ke mana-mana. Maksud ako, panggilan rasmi lah. Tak siapapun suka kena main serbu macam tu je. Jangan nak expect orang si sebelah sana boleh cam suara kau. Kalau orang yang dah biasa kau telefon, yang memang dah simpan nombor telefon kau tu..lain cerita.

2. Kalau kau dapat nombor yang tak dikenali, yang kemudiannya tanya kau “Who is this?”, kau ada hak untuk tidak jawab soalan dia. Dia yang menelefon, sepatutnya dia yang perkenalkan diri dia siapa. Kalaulah dia kata tersalah tekan nombor dan nak tahu ni nombor siapa, berhenti sahaja di situ. Tak payah layan.

3. Kalau terjadi seperti kes No.2 di mana kau ditanya dengan soalan “Who is this?”, selalunya ako akan jawab balik dengan soalan. Contoh-contoh soalan yang boleh digunakan,

“Who do you want to talk to?”

“What number you are trying to reach?”

Pernah je sorang manusia ni telefon ako, lepas tu tanya siapa ako. Bila ako tanya dia siapa, nak bercakap dengan siapa, dia soal ako balik. Kepala terus menggelegak. Mungkin juga ayat seperti ini boleh digunakan,

“You are calling my number. Be it you pressed it wrongly or whatsoever. You are supposed to tell me who you are and to whom you want to talk to!”

Hang up! Tak payah layan orang macam tu lagi.

Kalau dia betul salah nombor, dia akan minta maaf dan tak panjang cerita bila ditanya soalan. Selalunya yang saja jawab soalan dengan soalan balik tu sebab nak test power. Manalah tahu kot-kot ada makwe/pakwe yang sudi melayan.

So not me!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s