dulu batak, sekarang tidak lagi batak.. sekarang dah bertamadun

Ya! Tepat sekali. iPhone saya sudah tidak lagi memegang title batak. Sebab Mr.K dah kasi credit card details untuk saya create Apple account di iTunes.

Dan saya sudah boleh download apps di iTunes Store. Download macam orang gila sebab semua bendapun nak download. Free apps sahaja. Free. Free.

Tapi kemudiannya, Inchey K cakap kalau Malaysia iTunes Store adalah limited. US iTunes Store ada lebih banyak apps. Ini diakui oleh Mr.K sendiri dan JasJamal. Akaun Apple saya adalah berada dalam Malaysia iTunes Store kerana akaun tuan punya credit card adalah dari Malaysia.

Tanya Inchey K macam mana dia buat free account tapi agak tidak membantu. Sebab saya tak jumpa radio button “None” seperti yang dikhabarkannya itu. Godek sana. Godek sini. Akhirnya saya berjaya mempunya 2 akaun. Satu; Akaun iTunes Store Malaysia yang saya boleh beli apps, dengan syarat harga apps tu semurah $0.99-$2.99. Dan masih boleh download free apps yang agak terhad. Dua; Akaun iTunes Store US yang merupakan sebuah free account di mana saya boleh download banyak free apps yang mungkin tiada dalam iTunes Store Malaysia.

Dan bukan semua apps yang percuma itu adalah percuma. Kalau apps itu memerlukan internet connection, semestinya akan dicas penggunaannya. Di sini, syarikat telco masing-masing akan mengenakan caj data kepada penggunanya. Contoh apps yang saya maksudkan adalah Cine Apps, Background, 3D Wallpaper, dan banyak lagi.

Saya ini adalah pengguna Hotlink-Maxis. Ya, benar! Saya adalah seorang budak (budak ke?) yang masih menggunakan prepaid. Hotlink-Maxis untuk iPhone dan U.O.X-Celcom untuk HTC Touch Cruise. Sebab Hotlink Youth Club saya itu akan tamat tempoh pada 2013, U.O.X pula 2012. SMS murah, call-out pun dalam RM0.12 sahaja.

Pakai Smart Phones tapi prepaid? Ya, sebab dua-duapun hadiah. Saya tidak terikat dengan mana-mana telco untuk kontrak data usage & telephone v(^_^)v

Tapi..bila TERconnected to the internet, memang charge untuk data tu mahal nak mampos. Minggu lepas dalam tak sedar, kredit saya dipotong RM15.00 untuk internet connection yang tak sampai 5 minit. Semalam, lebih RM10 bila saya check out apps apa yang saya dah download tu. Baru 2-3 saat pun, dah telan RM1-RM2. Tu untuk satu apps, kalau saya cuba 10 apps?? T_________________T

Tiba-tiba rasa lebih rela iPhone tu terus batak.

5 thoughts on “dulu batak, sekarang tidak lagi batak.. sekarang dah bertamadun

  1. wow!!gud job!!babe..dah berjaya ader akaun iTune Store US..tak pe bende halal mmg mahal..pelan-pelan kayuh k..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s