Saya & Filem Melayu

Boleh bilang dengan jari tangan (tak payah masuk jari kaki) berapa banyak filem Melayu yang saya tonton di panggung wayang.

Kali pertama, Senario The Movie (filem lakonan Senario yang mula-mula sekali). Masa ni saya tonton di Dalit Cinema, Komtar. Sekarang Dalit Cinema dah berkubur. Komtar pun macam hidup segan mati tak mau. Saya ikut kawan yang teringin sangat nak tengok filem ni.

Filem kedua, Hingga Hujung Nyawa. Saya tonton dengan Kausar di GSC The Summit, Bukit Mertajam. Masa ni saya masih di Matriks Kepala Batas dan tempat yang paling dekat nak tengok wayang adalah di situ. Sumpah! Saya tengok sambil gelak-gelak walaupun asalnya cerita itu adalah sedih. Menyampahpun ada dengan lakonan Erra Fazira dalam filem itu yang suara dibuat-buat macam suara orang tua, jalan membongkok dan terketar-ketar tapi bila cameraman shoot dari belakang, bumper dia bukan main lagi bergetah. Tak realistik langsung!

Lepas daripada itu, saya dah tak pernah ke panggung untuk menonton filem-filem Melayu. Bukan taknak menyokong, tapi saya rasa daripada saya maki hamun dalam panggung sebab kena tengok mutu lakonan dan jalan cerita yang boleh membuatkan saya sakit jiwa, lebih baik saya elak.

Nanti-nanti je saya beli DVD dan tengok sendiri. Provided: filem tu dapat good review lah. Tapi kadang-kadang, walaupun dapat good review..saya lupa terus nak tengok.

Dan kali ni, yang menjadi buah mulut di sana sini; Lagenda Budak Setan.

Tak taulah sebab Farid Kamil, Lisa Surihani (saya rasa sebab Lisa ni!) atau populariti novel Lagenda Budak Setan yang menarik minat semua orang. Mungkin saling berkait. Mungkin juga simbiosis. Lisa Surihani mungkin punya daya penariknya yang tersendiri, yang mempunyai peminat yang memujanya, dan menyebabkan semua orang sexcited dengan Lagenda Budak Setan (filem).

Mana mungkin saya boleh padamkan terus imaginasi saya tentang seorang lelaki yang bernama Kasyah, seorang gadis yang bernama Sidaratul Dursina atau lebih mesra dengan panggilan Ayu, dan seorang wanita kacukan bernama Katerina begitu sahaja?

Sedari kecil saya membaca Lagenda Budak Setan, dari sekolah rendah! Betapa nakalnya Kasyah bila memasukkan cicak ke dalam minuman Coca-Cola untuk mengenakan rakannya. Menangis bila anaknya, Atiqah (saya ingat-ingat lupa namanya) meninggal kerana penyakit kuku, tangan dan mulut. Dan bila Kasyah kecewa, sakitnya dapat saya rasa.

Dan saya selalu teringin untuk ke Bagan Lalang. Kerana? Kerana dalam novel Ahadiat Akashah ini, Kasyah dan Katerina menghabiskan masa di sana bersama-sama.

Kasyah, pantang benar kalau wanita berada di sisi kanannya. Dia tidak betah. Wanita seharusnya berada di sisi kiri. Kerana dengan itu, lelaki itu akan berasa dilengkapi kerana rusuk kirinya sudah kembali.

Saya cuba beri peluang kepada versi filemnya. Saya tonton trailernya. Agak terkilan dan kecewa di situ. Biarlah.. biarlah saya teruskan dengan chenta saya kepada novel Lagenda Budak Setan, Katerina dan Kasyah Lagenda Berakhir.

.

Update: Nama anak Kasyah ialah Athirah. Thanks, Weeda!

2 thoughts on “Saya & Filem Melayu

  1. tak salah aku nama anak dia athirah🙂 haha atiqah adik aku LOL.

    okay.serius tak percaya gila hang p cinema tgk hingga hujung nyawa!!!!!! HAHAHAHAHAHA ok pitam sekarang.

    aku hanya tgk afdlin dgn khabir batia punya movie saja kalau melayu. no more sharad shadan wtf tu T__T

    • athirah eh? satgi ako tukaq.. hahaha ako duk tringat kat adik hang kot!
      oih, masa tu movie tu ja duk ada kat sana. ako blasah ja lah. seyes ako tak leh blah lakonan erra-yusri. no-no-no~
      filem afdlin pun ako tak tengok weh.. haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s