Second Wife, I Am

Saya bini kedua. Bini pertama siapa? Siapa ya? Agak-agaknya?

Kereta dia.

Ini kejadian kira-kira dua minggu yang lepas.

Kami sudah sampai ke destinasi. Saya tengah sibuk texting dengan kakak saya. Lalu dia memesan, dia  tinggalkan saya dalam kereta jika saya mau teruskan dengan texting dan meminta saya menyusul kemudian jika telah selesai. Dia minta saya matikan enjin dan mengunci kereta.

Saya angguk tanda faham.

Tiga tahun saya menjadi co-pilot tiap kali dia memandu keretanya itu. Kereta kesayangannya itu. Isteri pertama dia. Sekalipun saya tidak pernah berada di kerusi pemandu. Khuatir dengan cara pemanduan saya yang belum sampai tahap ‘kelulusannya’. Alangkan baru berlubang sebesar 50 sen di front spoiler pun sudah ditukar baru, inikan pula kalau saya calarkan atau kemekkan mana-mana bahagian keretanya. Mungkin saya akan disula.

Maka diapun berlalu pergi. Selesai saya texting dengan kakak saya, saya cuba mematikan enjin kereta. Saya pusing kunci kereta ke arah lawan jam. Tap! Putaran itu sangkut di takuk yang pertama. Saya perlu terus memutar ke takuk yang kedua untuk mematikan enjin tapi tidak berjaya. Saya cuba lagi.

Masih sangkut! Kunci seakan-akan terkunci di takuk yang pertama. Puas saya pulas, puas saya tuas tapi tetap tidak berjaya. Andai saya teruskan, khuatir pula kuncinya akan patah. Itu lebih buruk. Kawan saya pernah beritahu, kalau kunci kereta itu mahu ditempah semula di pusat servis keretanya perlu menelan belanja kurang lebih RM700++ kerana ada cip di dalamnya.

Peluh mula menitis laju.

Saya telefon tuan empunya kereta. Tutorial dilakukan dalam perbualan telefon tapi masih tidak berjaya. Suara di sebelah sana mula meninggi. Berang kerana perkara yang sebegitu mudahpun saya tak dapat laksanakan.

Lalu dia pun kembali semula ke keretanya. Dengan mudah dia dapat mematikan enjin kereta secara keseluruhan. Tapi dia tidak berhenti di situ. Disuruhnya saya tunjukkan bagaimana cara saya mematikan enjin keretanya.

T__________T

Dada saya berombak kencang. Sungguh saya benci situasi begitu. Saya cuba, dan gagal. Saya cuba lagi, dan gagal lagi. Cuba lagi, dan gagal lagi. Dan lagi. Dan lagi. Dia mengambil tempat semula. Mudah dimatikan enjin. Kunci kereta itu tidak sangkutpun di takuk pertama. Berjaya diputarkan dengan lancar dan enjin terus dimatikan.

Saya mula kebasahan dengan peluh. Intonasinya sudah naik satu oktaf. Saya cuba lagi. Tap, tap! Berjaya! Rupanya kena tekan sikit masa pulas tu. Itupun susah ke nak ajar?

Tak pasal saya kena marah free of charge. Tak suka tau! Saya takut saya rosakkan kereta dia. Nanti siapa yang susah? Tu pun salah.. (-_+”)

.

.

Keesokannya, dia bawa saya ke Cheras. Mau melihat showroom Honda Mugen Legend, dan mungkin ke showroom VW kemudiannya. Saya menurut saja.

Bila sudah sampai ke Cheras, showroom yang dicari tidak berjumpa. Jumpa yang lain pula. Saya tak ingat nama apa tapi showroomnya agak besar, tapi tiada pendingin hawa. Jam hampir ke 11 pagi. Panas!

Saya diarah keluar untuk meninjau kereta-kereta yang ada. X6 sungguh menggoda. Ferrari merah adalah sangat seksi! Harga yang boleh beli rumah @___@. Separuh perjalanan, saya sudah bising-bising kerana panas. Panas = berpeluh. Saya tak suka peluh-peluh. Dan saya tak suka panas sebab nanti kulit saya jadi kelabu asap. Kulit saya adalah sangat mudah terbakar tapi nak pulih balik adalah sangat lama.

Dan kerana itu, saya kena marah.. lagi

“It is a big mistake I brought you here.”

Duh! Namapun nak pergi showroom, kan? Saya ingatkan ada air-cond!! Mencik! Dan muncungpun dan jadi panjang sedepa, muka sudah jadi sport rim 14.

Tapi dia pandai. Dia tahu saya dah sentap. Lalu dia hulurkan tangan seolah-olah saya ni budak kecil yang perlu dipimpin jalannya. Sedangkan sudah diberi amaran awal-awal sebelumnya, “No holding hands today”.

Dan bila masuk sahaja ke dalam perut kereta, air-cond terus dia buka ke suhu 21 darjah Celcius, full blast.  Dia memandang saya dan berkata, “Panas ye?”.

Saya pun cair.

4 thoughts on “Second Wife, I Am

  1. mesti kete bf ko honda kan..? yup.lepas habis takuk pertama lawan arah jam kena tekan sambil pulas lawan arah jam sampai abis dan tarik.

    dan gear kena “P”.

    kalau “N” kompem x bley keluar.

    • woahhh!! ko memang terel la mur..tekaan yang tepat!
      baiklah, gear kena “P”, takleh gear “N”.. lepas ni ako akan ingat ko punya tutorial.
      maceh mur v(^_^)v

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s