ubat-ubatan dalam bentuk pil dan tablet itu seolah-olah M&M’s pada saya

Pagi ni saya bangun dengan nafas yang tercungap-cungap. Oksigen tak cukup. Peluh mula merenik di dahi. Bisa perut menyucuk-nyucuk. Pedih. Nafas mula putus-putus.

Ultracarbon Charcoal yang saya ambil sebelum tidur malam tadi tak memberikan kesan seperti kebiasaanya.

Saya cuba untuk kelihatan biasa. Perlahan-lahan saya bangun sambil minum air. Tuala saya capai dan terus ke bilik air.

Saya lakukan rutin seperti biasa. Cuci muka, gosok gigi, pakai contact lenses. Perut masih terasa senak di ulu hati. Peluh mula membasahi dahi dah tubuh.

Nafas saya mula tersangkut-sangkut.

Pili shower saya buka. Saya mandi sambil cuba untuk membuangkan rasa sakit itu jauh-jauh. Malas nak layankan sangat.

Tapi makin lama, makin sakit.

Saya keluar dari bilik mandi. Ada missed call dari Mr.K. Seperti biasa, morning call darinya. Selesai bersembang ala kadar, terus saya menelefon Cik Misi.

.

“Sakit perut ni. Angin dah sampai ke ulu hati. Nafas dah sangkut. Nak makan Ponstan ke Buscopan?”

“Makan Buscopan. Ambil Gulusil dulu. Kunyah, jangan telan! Awak gastrik dah tu.”

“Ponstan?”

“Tak payah Ponstan dah. Jangan makan makanan pedas, berempah dan berminyak. Nanti muntah.”

“Tadi dah rasa nak muntah pun.”

“Dah. Gi makan ubat.”

.

Nak makan Buscopan tu tak ada masalah. Tapi nak makan Gelusil tu yang masalah besar. Seboleh-bolehnya selama ni saya elak untuk makan Gelusil tu walaupun saya telan Ponstan macam telan vitamin.

Dalam banyak-banyak ubat, Gelusil tu lah yang paling saya benci. Kalau dah terpaksa sangat, baru saya ambil. Kalau anda boleh dengar bunyi manusia muntah sambil hentak-hentak kaki tu, takde orang lainlah.

Tapi kali ni tak boleh elak. Kena ambil juga. Tak lama lepas ambil Gelusil dan Buscopan, saya sendawa bertali arus. Baru rasa lega. Sakitpun dah berkurangan. Nafaspun dah kembali normal.

Terus saya ambil yogurt untuk alas perut. Mungkin tabiat saya yang suka skip breakfast, membuatkan gastrik saya ni menjadi-jadi. Selalu sangat saya skip waktu makan saya, makan pada waktu yang tidak teratur dan kemudiannya makan dalam portion yang banyak sekaligus. Ini tak baik untuk perut ya, adik-adik!

Lepas ni, kena pikir 10 kali kalau gatal-gatal nak on diet.

iZZie speaks:

Oh, dah masuk bulan June ya!! The countdown begins!!!

4 thoughts on “ubat-ubatan dalam bentuk pil dan tablet itu seolah-olah M&M’s pada saya

  1. actually kan gal, symptom u ada tue is gastrik + almost heart burning (pedih ulu hati)… apabila gastrik sahaja tidak mengapa.. tetapi apabila gastrik hingga ada tanda2 nak muntah bila makan berempah, berminyak.. nafas sangkut2.. dan kemudian lama2 kelamaan terasa seperti cecair panas menggelegak di ulu hati dan di tekak.. tue tanda dah kronik.. lama lagi. perut sentiasa membuncit kerana angin atau gas..

    sambil ambil ubatan moden + pemakanan sihat .. cuba juga cara2 tradisi..

    hehe.. i dah ler gastrik + pedih ulu hati.. panas anak tekak sebab asid dah naik atas.. campur kembung perut.. dugaan tuhan nie.. nakal sangat

    • thanks so much, rizal for the info! i skang ni cuba kurangkan ponstan sebab it can contribute to gastritis jugak kan? tapi susah jugaklah since i constantly dapat migraine.

      so how’s ur gastric + pedih ulu hati? is it really bad? u buat apa yg nakal sangat neyh?😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s