10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita [part 1]

Bila saya ternampak di news feed Facebook saya tadi, terus saya kelik. Curious. Nota yang dikongsi bersama oleh rakan saya, yang dipetik daripada page Ustaz Hj. Abdul Samad pada 22hb Mei 2010 pukul 6.00 petang.

Kerana petikannya terlalu panjang, saya bahagikan kepada dua bahagian. Juga saya selitkan komen-komen ringkas daripada pemerhatian saya selama saya bersama dengan Mr.K.

.

Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” Surah Muhammad, ayat 7.

Gunakan seluruh pancaindera.

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah s.w.t mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah petanda-petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

.

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

Sungguh! Di antara dia dan saya, kami tidak berlakon bila bersama-sama. Spontan. Kami memakai apa yang kami rasa selesa, saya makan banyak dan tak pernah pura-pura makan sikit dah kenyang. Cuma kami jaga adab dan etika ketika berada di meja makan. Kalau ketawa, saya ketawa lepas sahaja. Dia juga begitu. Dia tidak kesah dengan muka buruk saya bangun tidur (dengan air liur masih di pipi), dan saya juga begitu.

.

2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

Saya suka apabila tiap kali dapat bersama dengannya. Call me clingy, I don’t care. Saya selesa dengan dia. Bila dia berjauhan dengan saya, saya sangat terasa kehilangannya. Walau sehari tak berjumpa, resah gelisah sepanjang masa. Bayangkan pula bila dia perlu ke outstation. T_______T

Dan yang paling penting, dia doktor hati saya.

.

3. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

Dia yang pertama untuk saya. Saya juga yang pertama untuk dia. Jadi tiada isu timbul tentang kekasih lama. Tapi saya tahu dengan perangai saya yang sebegini, dan juga dari latar belakang keluarga saya..dia terima saya seadanya. Segala kekurangan dan kelebihan diri saya. Kalau tidak, masakan dia masih bertahan dengan saya selama 5 tahun (and counting)..

.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

Dia sudah cukup jujur bagi diri saya.

.

5. Percaya-mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

Kami pernah merasai long distance relationship. Saya di Penang, dia di Kay El. Bila saya di UKM, kami hanya berjumpa sekali sebulan. Selebihnya, hanya berhubungan di talian. Tapi masing-masing tetap mempercayai antara satu sama lain. Kebebasan diberi seadilnya, tiada kongkongan.

Dan sudah semestinya, saya percayakan dia. Saya percaya apabila tiap kali menceritakan tentang hal dan rahsia saya kepada dia. Bila dia juga berbuat demikian, saya tahu..itu bermakna dia juga percayakan saya. Kerana bukan mudah bagi seorang lelaki untuk menceritakan rahsianya kepada seorang wanita.

Terutama bagi seorang lelaki yang bernama Mr.K..

.

Bersambung…

One thought on “10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita [part 1]

  1. Pingback: 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita [part 2] « i.Z.Z.i.e

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s