kenangan mengusik jiwa

Dapur saya memang tak berasap langsung minggu ni. Langsung-langsung. Banyak makan di luar. Dan banyaklah juga lemak yang berjaya dikumpul. Takpe, makan dulu yang peting. Kesejahteraan perut adalah perlu diutamakan. Yang lain-lain, kemudian dipikirkan.

Seperti biasa, Mid Valley menjadi pilihan. Mr.K mau mencari sesuatu untuk dijadikan hadiah harijadi niecesnya.

Ke Toy R’ Us.

Mau terbuntang biji mata melihatkan harga-harga mainan untuk budak-budak sekarang ni. Dan macham nak menangis apabila melihatkan harga yang Mr.K bayar untuk hadiah-hadiah yang dipilih.

Begitu besar harga yang perlu dibelanjakan untuk permainan zaman sekarang. Masa saya kecil dulu, tak pernah mainan mahal-mahal dibeli.

Nak patung Barbie? Mimpi.

Jangan haraplah Mak nak belikan anak patung mainan yang sempurna sifat ni. Tiap kali minta, Mak cakap tak elok ada patung macham tu. Nanti malaikat rahmat tak masuk. Nanti di akhirat, patung tu minta nyawa.

Tapi Mak belikan teddy bear untuk saya.

Kalau ada iklan Happy Meals di tv yang tunjuk mainan baru, jangan haraplah boleh dapat. Mainan yang boleh dapat kalau ada iklan baru kat tv adalah Ding Dang. Kalau upgrade sikit, dapatlah Tora. Tu dah kira besar untung dapat mainan.

Selebihnya?

Gunakan keadaan sekeliling untuk dijadikan mainan.

Kalau nak main masak-masak, memang masak sungguh-sungguh. Cari kayu api, cari air. Gunakan tin susu untuk dijadikan periuk. Siap curi beras kat dapur kononnya nak masak nasi. Curi minyak masak untuk menggoreng.

Sayur? Kutip je pucuk-pucuk kayu/rumput sekeliling rumah.

Kalau bosan main masak-masak, pergi mandi sungai. Abang jadi kepala. Angah jadi penolong kepala. Alang dan saya pengikut setia. Mandi sungai kat Sungai Pahang yang ada buaya. Sungai Pahang yang mengalir di kampung saya tu pulak dah bertemu dengan laut. Laut China Selatan. Masa kecil mana tau takut. Semua berani. Alhamdulillah hidup lagi sampai ke hari ni.

Tapi berbiratlah peha dan betis masing-masing dengan rotan Mak sebab mandi sungai.

Kalau banjir lagi best. Main air banjir. Satu kampung macham berpesta.

Tu belum lagi kira kawan-kawan datang bermain kat rumah. Memang meriah. Main panjat pokok. Memancing ikan keli kat lubuk. Main kat kubang kerbau.

Budak sekarang mana merasa tu semua. Mainan diaorang PSP, Barbie, Xbox, Play Station.

*Sigh*

Jauh dah mengelamun. Bila je masuk memory lane mode ni, teringin nak jadi budak-budak balik. Tak ada benda yang nak dirisaukan. Our business is just playing. Seronoknya!

Berbalik kepada makan. Mr.K dan saya singgah di Nando’s. Interior restoran Nando’s dan berubah. Nampak lebih menarik dipandang mata. Menu pun dah berubah. Nice!

.

Kerana saya ni bukanlah seorang penggemar hidangan ayam, pergi ke Nando’s membuatkan saya tidak tahu mahu memilih apa dari senarai hidangan.

Jadi sementara saya membuat keputusan untuk makan apa, Mr.K dan saya bersetuju untuk memilih Peri Kick Starter sebagai appetizer.

Yang mana merupakan hidangan utama makan malam kami berdua. Melihatkan portion hidangan; 4 chicken wings, 3 buffalo wings, sausages, 2 chicken skewers, dan roti pita, rasanya sudah cukup untuk kami berdua.

5 thoughts on “kenangan mengusik jiwa

  1. zaman kecik kamo, sama saya!!TORA tuh mainan paling mahal kottttt..main masak2 pon penah, mandi sungai xpenah sbb kg xde sungai, main tuju buah mangis penah, sbb depan umah nenek pokok manggis sepenuh2 nye..anak patung xde, xbagus, kononnye malam kang anak patung tuh bangun berjalan..lagik satu ader satu mainan time kecik2 yg org ketas tuh..xsure kamo main atau tidak..yg boleh tukar baju dier tuh..main x??hahahahahahahahahaha~~senyum memikirkan 2zaman..

    • saya main, saya main!!!
      satu tu RM1 je kan??? pastu beli banyak2 sebab nak baju yang lain-lain design
      hehe..itu je lah yang mak saya bagi main

  2. hahahahahahahahahahaha!!!yups!!betolllllll sanggup xguna duit sek sbb nak beli baju=P kalau xde duit gak, buat sendirik gunting;) hahahahahahahahahaha!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s