muka saya sudah ditutupi dengan keMALUan..

Nak makan pizza yang sedap? Cuba makan Classic Pizza di Italianese. Anda tidak akan dapat melupakan pizza yang dihidangkan.

Kerana??

Dohnya adalah sangat nipis. Nipis sangat sampai bila anda makan dan cuba angkat sebab nak makan dengan tangan tapi tidak berjaya sebab segala topping yang sumpah berat dengan ayam, cheese, capsicums pepper, olive berterabur jatuh.

Crunchy kruk-kruk-kruk yang adalah sangat lazat, heaven, marvelous bila makan panas-panas! Makan sampai 4 kepingpun tak terasa sendat perut.

.

Al-kisahnya. Pukul 10 malam dah gerak balik meninggalkan Republic. Oh ya! Saya lepak di Republic, tapi hidangan untuk makan malam disediakan oleh restoran Italianese. Sebelum menuju ke valet parking, Mr.K cakap mau ke loo terlebih dahulu. Sayapun bersetujulah sebab air dah penuh dalam pundi kencing. Kalau tak kencing, maunya terkucil dalam  kereta.

Maka berjalanlah saya dengan lenggang-lengguknya. Loo yang terdekat adalah yang berada di dalam restoran Italianese. Restoran Italianese adalah bersambung dengan Republic Club. Jadi kami masuk ikut entrance Republic Club dan terus menuju ke loo. Loo tu pulak betul-betul berhadapan dengan entrance Italianese, yang memang dah sedia ada seorang waiter terpacak kat situ to wait the customers. Tapi semalam, dalam pukul 10, ramai pulak waiters/waitresses yang berkumpul depan entrance tu. Takpe, tiada hal.

Mr.K berjalan di hadapan saya. Dua anak mata tangga saya daki. Cahaya lampu agak suram. Maklumlah, makan malam dengan beromantika di bawah cahaya lampu yang suram katakan. Saya jalan menunduk, takut tersepak tunggul inai. Saya hanya membontoti langkah Mr.K. Terus melangkah ke hadapan.

Tiba-tiba saya rasa kawasan persekitaran saya b erubah menjadi terang-benderang. Cerah. Lampu bersinar menerangi pandangan. Demmmm!! Saya dah TERmasuk gents! Bila saya angkat muka saya, saya tengok yang berada di hadapan saya adalah Mr.K yang sudah bersiap sedia di hadapan tandas berdiri itu. Saya kaget!

Tindakan refleks saya pada waktu itu adalah menoleh ke belakang. Dan pada waktu itu juga, kesemua waiters/waitresses yang berkumpul di hadapan waiting area tadi tu memandang saya. Saya nampak dalam kesamaran yang mereka seolah-olah terkejut dan juga bercakap-cakap tentang insiden yang sedang berlaku di hadapan mata mereka.

Demmmm!!! Saya bukan seperti ituuuuu!!!! Saya tidak bersalah!!!!!

Ladies berada di sebelah kiri saya. Bukannya tak pernah saya ke tandas di situ. Tapi disebabkan pintu gents yang dibuka luas, sampai saya tidak perasan saya sudah TERmasuk kawasan larangan.

Tapi kalau masukpun, apa salahnya kan? Bukan buat apapun, tengokkkkkkkk je😛. Oh.. malam tadi saya sungguh keMALUan.

4 thoughts on “muka saya sudah ditutupi dengan keMALUan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s