Belog ini adalah kepunyaan iZZie

Belog saya mungkin tidak seperti belog orang lain. Yang lahir dari cetusan idea. Yang lahir dari cetusan fikiran kritis dan kreatif. Yang peka kepada isu terkini, isu semasa.

Belog saya adalah tentang emosi.

Belog saya adalah tentang ke mana telah saya pergi dan lawati.

Belog saya adalah tentang makanan dan tempat saya pergi makan.

Belog saya adalah tentang obsesi.

Belog saya adalah tentang memori.

Belog saya adalah tentang kerja.

Belog saya adalah tentang keluarga saya.

Belog saya adalah cherita aktiviti saya.

Belog saya adalah tentang chenta saya.

Jadi, andai ada yang tidak menggemari saya bercerita tentang diri saya, saya, saya dan saya yang syok sendiri..saya tidak mampu berbuat apa-apa.

Andai ada yang bosan kerana setiap tulisan ada nama Mr.K terselit sekali, maka saya tidak mampu berbuat apa-apa. Kerna dia adalah sebahagian daripada hidup saya. Yang saya tak mampu ketepikan begitu sahaja. Dia ada di mana-mana, tiap masa dan ketika. Sentiasa bersama-sama saya.

Andai ada yang mengatakan saya bermegah diri dengan apa yang saya perolehi, baik hadiah ataupun apa sahaja yang dibeli yang saya paparkan di sini..maaf, saya tidak berniat begitu. Itu semua adalah kepuasan diri, juga mahu berkongsi.

Andai ada yang mengatakan saya hanya asyik bercuti ke sana sini, itu adalah rezeki saya. Yang saya simpan untuk kepuasan diri dan memenuhi impian saya. Kerana saya sangat sukakan travelling.

Dan diingatkan juga di sini. Ini adalah belog saya.

.:: iZZie ::.

6 thoughts on “Belog ini adalah kepunyaan iZZie

  1. ahaaaaa, kan dah keluaq post ala-ala warning🙂 semua blogger akan tempuh fasa ni. fasa orang mengata-ngata entry kita. fasa orang tak puas hati dengan kualiti entry kita. aih, macam2 fasa lah. hahaha. takpa lah weh, asalkan benda tak jadi besaq sampai masuk kes mahkahmah LOL

    • ako cuma mau blog apa yang ako suka. apa yang ako rasa. apa yang ako alami.
      tp mulut orang kita tak boleh jangka. depa nak baca, sila. depa takmo baca, ako tak paksa.

      datang mereka tak ako jemput. pergi depa tak ako halau.

  2. ::oh yaaa, saya bukan beloger, but im totally agreeeeeeddd..dis blog is urs, n urs alone..btol lettew..suke bacha, x ske x yah bacha…kalu da bacha, n x suke, x perlu buat apa…::

    iz, i cant help but b a lil bit hansel n gretel..mninggalkan jejak roti di dlm utan..nyaahaha…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s