spandex leggings

Apabila saya keluar ngedate dengan Mr.K, tidak boleh tidak saya mahu kelihatan presentable. Kalaupun saya hanya pakai shorts dan polo t-shirt, saya tetap mahu nampak menawan walau tanpa secalit make-up.

Kalau meet-up yang biasa-biasa, yang setakat nak pergi makan dekat Ali Cafe, atau pergi pasar malam, atau pergi makan durian, atau pergi makan dekat Jalan Kuchai Lama.. saya taram pakai t-shirts dengan shorts sahaja. Simple.

.

Dan kerana terlalu lama rasa tidak ngedate dengan Mr.K..maksud saya ngedate yang betul-betul ngedate, yang janji mau datang pukul berapa beberapa hari sebelum ngedate, yang perlu bersiap-siap segala, yang akan pakai sehabis baik. Bukan seperti biasa yang jumpa selepas kerja, atau jumpa secara ad-hoc.

Kerana terlalu seronok mau ngedate, sudah beberapa hari saya memikirkan mau pakai apa. Saya pakai sleeveless and flowing dress berwarna ungu-hitam yang ada ruffles di bahagian leher. Saya kenakan tali pinggang hitam bersaiz kecil di empire waist saya. Kemudian saya kenakan spandex leggings hitam panjang yang menutupi keseluruhan kaki. Masih bau kedai lagi leggings itu. Saya akhiri dengan sepatu ballerina ungu dan beg tangan hitam.

Sewaktu saya dinner di Ole-Ole Bali tempoh hari, leggings saya itu sudah tersangkut dengan selumbar kerusi kayu di restoran itu. Puaslah saya cuba mengeluarkan selumbar itu secara berhati-hati kerana tak mau lenggings itu koyak. Tau sahajalah kalau dah namanya spandex, kalau tertarik selembar benang saja pun dah tak berguna lagi. Rosak. Cari je lah yang baru.

Nasiblah selumbar berjaya dikeluarkan tanpa merosakkan leggings baru saya.

Sewaktu hendak pulang, ketika mengambil beg tangan yang diletakkan di bawah tempat duduk di dalam kereta (ini habit saya, selalu meletakkan beg tangan di bawah), besi tajam yang ada pada beg tangan sudah tersangkut pada leggings di bahagian betis. Tersangkut yang membawa kepada tertariknya berlembar-lembar benang.

Maka berakhirlah riwayat spandex leggings yang baru saya pakai beberapa jam. Sekarang saya terpaksa beli yang baru. T________T

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s