kenangan telur itik

Pernah makan Telur Itik Masak Lemak Cili Padi? Cili padi biar lebih, pedas baru sedap! Penah makan tak? Kalau makan dengan telur ayam, tak best. Nikmat tak sama macham telur itik. Sebab telur itik keras sikit, lepas tu egg yolk dia besar.

Telur itik sebelum dicuci

.

Telur itik selepas dicuci

.

Saya suka makan telur itik. Telur itik segar maksud saya. Bukan telur masin. Kalau telur masin, saya suka telur masin yang tak berapa masin. Paling suka telur merah. Kalau di rumah, kitaorang siap berebut-rebut cari sebelah yang mana satu ada telur merah paling dalam😛

Masa di kampung dulu, saya ada itik serati. Sebelum habis semuanya dimakan musang, sempatlah saya merasa telur itik serati saya. Tok akan simpan siap-siap kalau tahu saya nak balik kampung.

Tu dulu.

Sekarang, ada seorang teman sekerja saya yang menternak ayam dan itik. Saya baru dapat tahu. Dan saya dapat tahu dia juga jual telur itik.

Saya order 20 biji.

Telur itik yang saya beli darinya boleh tahan lama. Asalkan saya tak bersihkan dengan air. Kalau nak masak, baru cuci. Takde lah kotor apapun, bukannya ada poo poo itik tu.

Tapi mungkin itulah kali akhir untuk saya memesan telur itik darinya. Sebab lepas ni, dia sudah tidak lagi bekerja di syarikat yang sama dengan saya. Tidak lagi bertugas sebumbung.

Sedih.

.

iZZie speaks:

Jangan lupakan kami di sini, Yus!

9 thoughts on “kenangan telur itik

  1. iz.. anda tidak membasuh telur itik dengan bersih.. masih ada tompok taek unta di situ..

    jgn risau. klau sy nak balik sy inform anda.. klau nk order bleh bgtau.. hehe..

    • anda!! tak baik membuat tuduhan tahu?? saya sental dengan span basuh pinggan dengan sabun skali. tapi tompok taik unta itu tak mahu tanggal!!
      kalau saya tekan kuat-kuat kang, pecah..

      tapi tetap sodap masak lemak cili padi saya, tahu?? hahahaha..

  2. mana ada org sental telur itik ngan span basuh pinggan..
    anda memang lawak. Sila sental dengan berus besi ok!!. span basuh belakang kuali.. klau pecah sila order lg…

    hahaha.. tgk tuan punya itik la.. segar dari ladang..

      • hahaha.. btul ke nk berus guna berus besi… abis la tangan anda terluka.. nnti Mr. K juga terluka..

        sy gurau jelah.. tompok2 taik unta tu mmg ada klau lama x basuh.. klau lagi lama xbasuh, boleh kuar dinosaur kot..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s